Lebih memudahkan buat julung kali AirAsia X turut melancarkan perkhidmatan dari Lapangan Antarabangsa Victoria kedua.

Ketua Pegawai AirAsiaX Benyamin Ismail ketika mengumumkan perkhidmatan baharu itu berkata, sebanyak dua penerbangan sehari ditawarkan dengan kadar tambang sehala serendah RM199 untuk tempoh perjalanan dari 5 Disember sehingga 13 Ogos 2019 boleh ditempah mulai hari ini di laman sesawang AirAsia  

"Avalon Airport mempunyai banyak keistimewaan termasuk kawasan pelepasan dan ketibaan yang mudah dan seragam dan lokasi berhampiran dnegan salah satu daripada ikon pelancongan terkemuka Australia-Great Ocean Road, pada masa mengekalkan akses dan kedudukan hampir dengan bandar.

"Sasaran kami adalah untuk membawa setengah juta tetamu bagi tahun pertama operasi dan kami sedang mengkaji semula destinasi lain yang menarik," kata Benyamin pada majlis pengumuman perkhidmatan baru tersebut.

Lapangan Terbang Avalon berkeluasan 9000 meter persegi baru sahaja dibuka. Ia turut dilengkapi dengan fasiliti canggih dengan inovasi terkini, kelengkapan kastam dan pilihan membeli bebas cukai.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski AM; Datuk Bandar Geelong, Bruce Harwood dan Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Avalon, Justin Giddings.

Pada majlis yang turut dimeriahkan oleh media dari beberapa buah negara termasuk Korea, China dan Taiwan itu tetamu dihidangkan dengan masakan oleh chef terkemuka, Chef Steve Earl dari restauran La  Bimba yang terletak di Appolo Bay, Victoria.

Hidupan laut yang ditangkap dari Laut Tasman ditebangkan terus dari Victoria. Manakala sayur-sayur segar dan sayuran herba ditanam secara semula jadi. 

Chef Steve Earl sedang menyediakan paella bersama udang kara.

Chef Steve Earl sedang menyediakan paella bersama udang kara

Antara lain tetamu dihidangkan dengan tiram, kupang, ikan dan udang kara segar yang dibawa terus dari Victoria. Chef Steve dengan kepakaranya memasak sup kupang bersama daun pasli dan minyak zaitun. Kupang yang segar tidak berbau dan lembut dan mencair ketika dimakan.

Pes daun pasli begitu terasa bila dimakan bersama sup kupang.

Sup kupang dimasak bersama daun pasli, bawang putih dan minyak zaitun.

Sup kupang dimasak bersama daun pasli, bawang putih dan minyak zaitun.

Tetamu turut dihidangkan dengan masakan ceviche ikan bersama susu, perahan sitrus, minyak ketumbar dan cili. Ikan yang ditangkap di Laut Tasman berhampiran Victoria juga lembut dan segar.

Perahan air buahan sitrus dan minyak ketumbar membangkitkan rasa ikan tersebut.

Ceviche ikan bersama susu, perahan sitrus, minyak daun ketumbar dan cili.

Ceviche ikan bersama susu, perahan sitrus, minyak daun ketumbar dan cili.

Paella bersama udang kara sebesar lengan lelaki kanak-kanak menjadi hidangan yang dinantikan. Resepi istimewa Chef Steve membuatkan tetamu tidak sabar menunggu untuk hidangan tersebut masak. Nasi paella yang lembut sesuai dimakan bersama udang kara yang kenyal. Kesegaran udang tersebut terselah dengan dagingnya yang manis dimasak secara ringkas.

Paella bersama udang kara.
Paella bersama udang kara.

Masakan yang dihidangkan memberi gambaran awal keseronokan dan keringan yang mampu ditawarkan melalui pengembaraan di Great Ocean Road, Melbourne menerusi AirAsiaX.-UTUSAN ONLINE