Memijak kaki di pasir pantai sambil menikmati bau laut dari kejernihan airnya dan dibuai angin lembut menjadikan percutian ke Pulau Boracay dan Davao di Filipina sangat istimewa.

Mengintip keindahan Fili­pi­na, pastinya sudah terbayang akan keindahan ribuan pulaunya yang sering menjadi tum­puan pelancong. Bahkan Fili­pina juga merupakan antara negara yang sering dikunjungi kerana keindahan ekopelanco­ngannya.

Keindahan itu menjadikan Pulau Boracay dan Davao ter­kenal sebagai destinasi pelancongan kerana sering menjadi tum­puan mereka yang gemar menyelam dan mencintai alam sekitar.

Jauh dari kesibukan ban­dar, Pulau Boracay yang terletak di wilayah Aklan, Fili­pina kira-kira 315 kilometer ke selatan Manila tidak asing lagi kepada pencinta laut.

Lihat sahaja kejernihan laut biru tanpa perlu menyelam terlalu dalam untuk menikmati keindahan di bawah laut, namun bagi mereka yang tidak takut pada ketinggian, anda boleh mencabar diri mencuba terjunan setinggi 15 meter.

Sebagai penerima pelbagai anugerah daripada agensi dan majalah kembara, pastinya an­da akan terpukau dan berasa ingin tinggal di pulau utama di Filipina yang bertaraf antarabangsa itu.

Penerbangan melalui syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. (AirAsia) ke Lapangan Terbang Kalibo pada harga bermula dari RM129 dan mengambil masa selama empat jam amat berbaloi apabila menjejakkan kaki ke Boracay.

Percutian ke Bo­racay boleh di­­sifatkan sebagai percutian yang menyenangkan de­ngan me­la­kukan pelbagai aktiviti termasuk menyelam. Sekiranya ke sana, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan dasar lautnya melalui aktiviti menyelam menggunakan topi keledar. Pe­­ngalaman itu pasti berbeza dari­pada aktiviti menyelam ya­ng pernah anda lakukan sebelum ini.

Pemandangan indah 
di Davao

Baru-baru ini, Airasia memperkenalkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Davao de­ngan empat kali penerbangan seminggu mulai 21 Disember ini dengan tambang serendah dari RM159 sehala.

Davao yang terletak di kepulauan Mindanao di selatan Fili­pina amat terkenal dengan gunung berapi, Mount Apo serta beberapa keindahan khazanah alam semula jadi dan air terjun Aliwagwag.

Biarpun masih baru dide­ngar, namun kecantikan Davao tidak perlu dipertikaikan bagi me­re­ka ya­­ng menggemari aktiviti lasak.

Di sana, anda mungkin boleh mencuba aktiviti rakit air sambil menghidu udara segar lagi me­nyamankan di sepanjang Sungai Davao.

Anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling yang luar biasa dengan menyelam bersama kima gergasi yang cantik dan berwarna warni. Pasti anda akan terpegun melihat keunikan dan kecantikan dasar lautnya.

Sekiranya ke sana, jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Samal yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Davao. Pasti anda akan terpukau dengan keindahan lautnya yang jernih.

Pengalaman ke Boracay dan Davao perlu ada dalam senarai wajib percutian anda. Jangan lepaskan peluang menikmati percutian pada tawaran harga istimewa dengan penerbangan AirAsia. Promosi bermula dari sekarang hingga 25 Februari 2018. Tempahlah sekarang dan rasai­lah pengalaman percutian yang indah dan jauh dari kesi­bukan kota.