Penerbitan buku yang dihasilkan oleh Pengarah Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Prof. Madya Dr. Noraien Mansor dijayakan dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu.

Pelancaran buku meja kopi itu disempurnakan oleh Ahmad Razif di tapak Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, dekat sini.

Serentak dengan itu, Menteri Besar turut melancarkan Tourism Friends yang disertai golongan muda termasuk pelajar institusi pengajian tinggi, ahli pertubuhan belia serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam lingkungan usia 21 hingga 40 tahun.

Majlis pelancaran turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zahir Embong dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam sidang akhbar, Ahmad Razif menarik perhatian, buku yang berperanan memperhebatkan lagi promosi galakan pelancongan kerajaan negeri itu akan dijadikan panduan serta rujukan khas untuk komuniti setempat dan warga dunia.

Menurutnya, buku yang kini diterbitkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris juga akan diterjemahkan dalam lima bahasa iaitu Arab, Jerman, Cina, Korea dan Jepun.- UTUSAN ONLINE