Acara tradisi tahunan itu bertujuan mengeratkan hubungan dan kemesraan di samping menikmati pelbagai juadah menarik yang disediakan untuk para tetamu termasuk nasi dagang, lemang, rendang selain buah-buahan tempatan.

Majlis yang bermula pada pukul 11 hingga 4 petang itu turut dihadiri Pengurus Besarnya, Mazuki Hussin. - UTUSAN ONLINE