Program yang julung kali dilakukan dalam tempoh yang panjang, kini diberi nafas lebih segar dengan penglibatan Jabatan Pelancongan Terengganu selaku penganjur dengan kerjasama Duyong Art Gallery.

Ia berlangsung pekarangan jeti pulau Duyong berkonsepkan ‘Anok Tranung’ yang antara lain mengetengahkan hasil karya seni tempatan

seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik, aktiviti bot penambang dan persembahan kesenian.

Selain pameran, demonstrasi dan persembahan, turut diadakan aktiviti jualan di jeti dengan menarik penglibatan 60 pengusaha kreatif serta diskusi ilmiah mengenai seni warisan.

Prapelancaran program itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Ahmad Faizal Tun Abd. Razak di Duyong

Art Gallery di sini semalam.

Yang hadir sama, penyelaras acara, Nik Mohd. Hazuwal Nik Lah dan penasihat Duyong Art Gallery, Rohani Longuet.

Orang ramai yang berminat boleh merujuk laman Facebook, Instagram dan Twitter Duyong Art Festival untuk mengetahui kegiatan harian.

Acara kemuncak program yang disasarkan dapat menarik 20,000 pengunjung ini akan bermula pada 28 hingga 30 April. - UTUSAN ONLINE