Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Eksplorasi mencari 
Lata Jeman

ANTARA pendaki yang termasuk Faizul Nordin (dua dari kiri) bergambar 5
ANTARA pendaki yang termasuk Faizul Nordin (dua dari kiri) bergambar sebaik tiba di kawasan parkir.

APABILA menerima jemputan daripada Mohd. Suhaimi Ibrahim (Abang Mie), 50, penulis terus membuat carian di internet mengenai Lata Jeman. Tiada satu pun maklumat mengenainya ditemukan. Beberapa hari sebelum bertolak ke Terong, kira-kira 19 kilometer dari Taiping, Perak, penulis menerima mesej yang menunjukkan permit untuk masuk ke Hutan Simpan Kekal Bubu telahpun diperoleh.

Di dalam permit itu, jelas bertulis nama air terjun yang bakal kami teroka, Air Terjun Rimba. Mengulas hal tersebut, Abang Mie memberitahu, dia sendiri pun tak tahu apa nama sebenar air terjun itu.

“Orang kampung, panggil Lata Jeman. Perhutanan..,. panggil Air Terjun Rimba. Apa pun nama yang diberi, kita akan cari air terjun itu sampai jumpa. Kami tak berapa ingat laluan nak ke sana kerana kali terakhir kami ke air terjun itu, kira-kira 17 tahun lalu,” kata Abang Mie kepada penulis.

Seramai 20 orang yang kebanyakannya terdiri daripada ‘orang lama’ dalam aktiviti rekreasi dan mendaki gunung menyertai program anjuran Utan Bara Adventurer & Explorer pada 18 hingga 19 Februari 2017. Peserta paling berumur ialah Othman Ibrahim, 73.

Othman berkata, beliau mula mendaki sejak berusia 13 tahun dan pendakian terakhir adalah Gunung Kinabalu pada 2014.

“Agaknya dah habis gunung saya daki,” ujarnya berseloroh.

Selepas sarapan, kami bergerak ke loji air Sungai Pecah Batu dengan hanya menaiki kereta biasa, bukannya jentera pacuan empat roda (4x4). Bau hangit enjin yang dipaksa bekerja keras mendaki bukit untuk sampai ke loji air itu menusuk ke hidung.

Selepas taklimat yang disampaikan oleh ketua program, Faizul Nordin, 56, kami memulakan langkah tepat pukul 9.49 pagi. Laluan semakin mengecil sebaik memasuki denai haiwan. Setibanya di satu persimpangan, kekeliruan mula timbul dan kami memilih simpang kanan.

Agak menghairankan kerana kami dimaklumkan laluan ke air terjun adalah tepi sungai. Tetapi apa yang kami tempuh adalah laluan yang membawa kami masuk jauh ke dalam perut hutan.

Setelah hampir 20 minit berjalan, kami terdengar laungan yang menyuruh berpatah balik. Rupa-rupanya, simpang yang kami pilih tadi menuju ke kaki Gunung Bubu.

Kami berehat sekejap sebelum berpatah balik. Laluan kiri yang mengarah ke tepi sungai diikuti. Beberapa bukit didaki, lereng ditempuhi dan anak sungai diseberangi.

Sekitar pukul 12.27 tengah hari, kami sampai di tempat yang dikatakan Lata Jeman. Selepas mendirikan khemah, kru Utan Bara menyediakan makan tengah hari iaitu nasi putih dan gulai daging dengan batang pisang.

Dalam pada itu, beberapa kru Utan Bara tidak berpuas hati dengan lokasi tadi. Faizul merasakan jeram kecil yang mengalir itu bukan Lata Jeman. Seingatnya, Lata Jeman mempunyai ketinggian kira-kira 100 meter dan dua tingkat.

Sehubungan itu, Abang Mie bersama beberapa kru meneruskan pencarian. Sekembalinya mereka ke tapak perkhemahan ‘palsu’, Abang Mie memberitahu selepas berjalan kira-kira 20 minit, mereka menemui air terjun yang tinggi dan kolam yang dalam.

“Hahh..itulah Lata Jeman,” kata Faizul.

Tanpa berlengah, kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di kawasan air terjun.

Terdapat tapak perkhemahan yang boleh memuatkan 20 orang. Keindahan air terjun sukar digambarkan dengan kata-kata. Air yang jernih menggamit kami untuk segera ‘berendam’.

Keesokan petangnya, kami meninggalkan Lata Jeman dengan membawa seribu kenangan. Utan Bara yang ditubuhkan pada 1988 kini kembali aktif. Untuk maklumat aktiviti, hubungi Faizul di talian 011-32193414.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan