Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Aktiviti lasak terbuka buat muslimah

Peserta terpaksa merentas hutan selama kira-kira 40 minit sebelum 4
Peserta terpaksa merentas hutan selama kira-kira 40 minit sebelum tiba di Lata Caharok.

Ramai golongan muslimah gemar melakukan aktiviti lasak dan ekstrem namun, perlu mengetepikan keinginan untuk beraktiviti kerana berpendapat banyak pantang larang sebagai wanita muslim.

Hakikatnya, Islam tidak melarang umatnya melakukan aktiviti riadah malah, digalakkan selagi tidak melanggar batas agama dan norma manusia.

Menyedari perkara tersebut, Hardy Adventure Team merasa bertanggungjawab untuk membuka mata masyarakat sekali gus memberi pendedahan aktiviti lasak kepada golongan muslimah.

Penganjuran secara percuma aktiviti waterfall abseiling di Lata Charok, Janda Baik, Pahang mendapat sambutan menggalakkan daripada 18 peserta yang terdiri daripada ahli Usrah Santai Muslimah.

Berada pada ketinggian 25 meter serta perlu menghadapi kelajuan aliran yang deras menghempas tubuh peserta pasti menguji ketahanan mental dan fizikal.

Pengurus Hardy Adventure Team, Shazwan Hardy Khusnandar berkata, kebanyakan wanita berhijab serta berpurdah tidak yakin melakukan aktiviti lasak dan ekstrem atas beberapa faktor.

Katanya, peserta tidak perlu bimbang memandangkan aktiviti itu boleh dilakukan tanpa melanggar pendirian mereka dari segi pemakaian.

“Idea ini tercetus ketika saya merantau ke Yaman dua tahun lalu. Budaya mereka sangat berbeza iaitu wanita melakukan aktiviti riadah pada bila-bila masa.

“Oleh itu, saya berharap peserta yang hadir dapat menyampaikannya kepada kawan-kawan lain. Tidak mustahil, program itu menjadi titik permulaan untuk mereka memupuk minat kepada aktiviti lasak dan ekstrem,” katanya ketika ditemui sewaktu menjalankan aktiviti tersebut, baru-baru ini.

Tambah Shazwan Hardy, pihaknya merancang mengadakan aktiviti waterfall abseiling sambil beramal iaitu 50 peratus bayaran peserta akan disumbangkan kepada golongan memerlukan.

Orang ramai yang gemar melakukan aktiviti lasak dan ekstrem boleh mengikuti perkembangan Hardy Adventure Team di laman Facebook/hardyadventureteam.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan