Selain itu, keadaan geografi yang hampir dengan negaranegara maju menjadikannya bukan lagi tempat yang penuh misteri.

Antartika, merupakan makmal semula jadi raksasa untuk mempelajari bumi dan atmosferanya, serta perubahan lingkungan hidup secara global, termasuk perubahan yang berhubungan dengan kegiatan manusia.

Antartika merupakan benua paling terpencil di dunia dan kontradiktif, sangat cantik dan perawan, namun amat tidak mesra. Inilah tempat yang paling banyak dilanda badai dan paling dingin di bumi, sekali gus paling rapuh dan sensitif.

Taburan hujannya paling rendah dibandingkan dengan benua mana pun, namun aisnya memenuhi 70 peratus air tawar di bumi. Dengan ketebalan ratarata sekitar 2,200 meter, ais tersebut menjadikan Antartika sebagai benua tertinggi di dunia dengan ketinggian sekitar 2,300 meter di atas permukaan laut.

Benua ini juga merupakan benua kelima terbesar di dunia. Namun begitu, Antartika tidak memiliki penduduk tetap yang dominan hanyalah koloni sejenis lalat yang berukuran hanya satu sentimete

penguin

Penguin antara haiwan yang hidup di Antartika

Berikut adalah fakta unik yang mungkin tidak banyak orang ketahui tentang Antartika.

1. Nama benua Antartika berasal dari Bahasa Yunani, iaitu “antarktikos”, lawan kepada artik atau anti-artik.

2. Pada 53 juta tahun lalu, Antartika begitu panas hingga pokok kelapa tumbuh di sepanjang pantainya. Suhu di benua ini pernah mencatat di atas 20 darjah Celcius.

3. Antartika adalah benua paling dingin, suhu di musim dingin boleh mencapai – 73 darjah Celsius. Rekod paling dingin pada 21 Julai 1983 dicatat Stesen Vostok milik Russia di benua tersebut, – 89.2 darjah Celsius.

4. Sebanyak 70 peratus air tawar di planet Bumi terdapat di lapisan ais menutupi Antartika. Di beberapa tempat, ketebalan ais di Antartika boleh mencapai empat kilometer (km). Jika ais di Antartika mencair, permukaan laut dunia akan naik 60 hingga 65 meter. Kurang dua peratus wilayah Antartika tidak tertutup ais, termasuk McMurdo Dry Valleys, disebut sebagai tempat terkering di dunia.

5. Walaupun memiliki suhu ekstrem, lebih 1,000 spesies cendawan telah dikenalpasti bertahan hidup di Antartika. Cendawan dapat beradaptasi dengan sempurna pada suhu rendah ekstrem, serta kitaran pembekuan dan pencairan terus-menerus serta berulang.

6. Antartika memiliki seluruh zon waktu di Bumi. Semua garis bujur yang digunakan untuk menentukan zon waktu bertemu di kedua-dua kutub, Utara dan Selatan.

7. Tidak ada manusia menjadi penduduk asli Antartika. Penduduk aslinya hanya alga, bakteria, lumut, lumut kerak, dua spesies tanaman bunga dan segelintir spesies serangga.

8. Penjelajah asal Norway, Roald Amundsen adalah manusia pertama tiba di Kutub Selatan. Dia meninggalkan penjelajah Inggeris Robert Falcon Scott dan tiba di benua ini pada 14 Disember 1911 dan meletakkan bendera negaranya di situ.

9. Antartika tidak masuk dalam wilayah mana-mana negara. Pada 1959 diadakan rundingan antara 12 negara untuk menandatangani Perjanjian Antartika yang mendedikasikan benua ini untuk kegiatan penelitian dan kajian secara damai. Hingga hari ini, perjanjian tersebut sudah ditandatangani 48 negara.

10. Jika Kutub Utara dikelilingi Benua Amerika, Asia, dan Eropah yang berpenduduk, Antartika dikelilingi lautan luas dan merupakan daerah paling berbadai di planet Bumi. Jika Kutub Utara sebenarnya adalah laut beku, Kutub Selatan merupakan daratan tertutup ais.

11. "Antartika digelar benua berdenyut,” menurut Encyclopedia Britannica, kerana setiap tahun terjadi penumpukan dan penyusutan garis pantai terluar yang dilitupi ais. Pada puncaknya, bongkahan ais mampu membentuk kawasan sejauh 1,600 kilometer. Perluasan dan penyusutan ini terjadi enam kali ganda pada bongkahan ais di Artik, mengakibatkan Antartika lebih mempengaruhi cuaca global.

12. Ramai menganggap manusia pertama dilahirkan di Antartika adalah Solveig Gunbjörg Jacobsen, tempatnya di Grytviken, Pulau Georgia Selatan pada 8 Oktober 1913. Namun kerana pulau ini tidak dianggap sebahagian dari benua Antartika, maka Emilio Marcos Palma (lahir 7 Januari 1978) yang juga warganegara Argentina adalah orang pertama lahir di benua Antartika. Pada tahun 1986 dan 1987 di stesen Chile, Antartika, lahir pula seorang anak lelaki dan perempuan.

13. Antartika adalah satu-satunya benua yang tidak terdapat reptilia.

14. Blood Waterfall atau Air Terjun Berdarah pertama kali ditemukan oleh seorang ahli geologi pada tahun 1911. Penyelidik mendakwa cairan seperti darah ini berasal dari mikrob kuno yang terperangkap di dalam celah ais.

15. Tidak ada beruang kutub di Antartika. Beruang kutub termasuk beruang paling karnivor di antara keluarga beruang lain. Beruang kutub tidak hidup di Antartika dan hanya tinggal di bahagian artik atau sekitar kutub utara. Haiwan ini berasal dari Kanada, Alaska dan pelbagai negara bahagian Bumi utara lainnya.