Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Miera gemar melancong

 2

MENGGEMARI aktiviti berkaitan pelancongan membuatkan gadis kecil molek pilihan minggu ini, Aini Amierah Anizam memasang impian memiliki agensi pelancongan sendiri suatu hari nanti.

Justeru itu, gadis yang mesra disapa Miera ini memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tiga tahun lalu. Pilihan itu dibuatnya kerana industri pelancongan negara semakin berkembang pesat.

Penuntut Diploma Pelancongan di Politeknik Metro Kuantan ini berkata, bidang tersebut menjadi pilihan kerjayanya kerana sesuai dengan minatnya yang suka melawat destinasi menarik terutama lokasi peninggalan sejarah.

“Salah satu kegemaran saya adalah berkunjung ke tempat menarik kerana setiap destinasi yang dikunjungi mempunyai keunikan tersendiri, selain dapat menyelami adat dan budaya masyarakat setempat.

"Sehingga kini, saya sudah berkunjung ke Indonesia, Vietnam, Singapura dan Australia. Separuh daripada destinasi menarik di negara ini sudah saya terokai termasuk Sabah dan Sarawak," kata anak kelahiran Kuantan ini kepada S2.

Menurut Miera, apabila tamat pengajian kelak, dia merancang untuk bekerja di syarikat agensi pelancongan bagi menimba pengalaman dan mempelajari selok-belok bidang itu, sebelum merealisasikan impian untuk membuka syarikat sendiri.

Katanya, kerjaya sebagai pemandu pelancong juga menjadi minatnya kerana mereka bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk arah tetapi memainkan peranan besar dalam memperkenalkan produk pelancongan negara.

“Nampak mudah, namun tugas yang dipikul diibaratkan seperti duta kecil negara dan tentunya sangat mencabar. Sebagai pemandu pelancong, kita perlu mempunyai pengetahuan luas serta banyak membaca terutama berkaitan sejarah di sesuatu tempat bagi memastikan maklumat yang disalurkan tepat.

“Kita juga perlu bijak berkomunikasi dan sentiasa mengukir senyuman serta pandai beramah mesra dengan pelancong agar mereka selesa dengan layanan yang diberikan," katanya.

Anak bongsu ini berkata, selain menjadikan hobi, kerjaya dalam sektor pelancongan juga dilihat dapat memberikannya peluang menjelajah ke serata dunia.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan