Namun bukan semua orang bertuah. Ini kerana kehidupan sebegini hanya mampu dijalani keluarga ternama dan kaya raya sahaja.

Ally Mukhriz
Sumber: instagram/ally.mukhriz

Bagi wanita bertuah yang diberi nama Meera Alyanna atau lebih dikenali dengan Ally, kesempurnaan hidupnya menjadi tumpuan ramai. Beliau yang boleh diumpamakan lahir dalam dulang emas terkenal di media sosial dengan kehidupan umpama selebriti dan sering menggayakan pakaian dan barangan berjenama.

Malah Ally juga sering menjalani percutian mewah di seluruh dunia, serta bertuah kerana menjadi pemilik bot yang dinamakan sempena namanya.

Ally Mukhriz
Sumber: instagram/ally.mukhriz

Bot mewah itu dikatakan dihadiahkan bapanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Melihat kehidupannya ini kita boleh membayangkan betapa kehidupan Ally ini begitu menjadi impian kebanyakan wanita di negara ini.

Dan sudah tentu ramai pula yang akan memperkatakan tentang kehidupan Ally.

Namun hakikatnya ini membuktikan cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini hanyalah manusia biasa yang tidak mampu menolak kehidupan mewah umpama selebriti dan sang puteri. Apatah lagi semua itu mampu disediakan oleh bapanya serta ahli keluarganya yang lain.