Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Menu pelbagai memikat rasa

RAYYAN AKMAL EDMETT bersama sebahagian hidangan di Kafe El Ray. 4
RAYYAN AKMAL EDMETT bersama sebahagian hidangan di Kafe El Ray.

KEPELBAGAIAN menu yang ditawarkan di bawah satu bumbung yang terdiri daripada masakan Melayu, Arab dan Barat pasti memberikan pelbagai pilihan cita rasa.

Bukannya tiada konsep yang ingin diketengahkan tetapi dengan kebanjiran pelbagai jenis masakan yang sedap, menjadikan pemilik Kafe El Ray, Rayyan Akmal Edmett memilih untuk mempelbagaikan sajian.

Walaupun menu yang ditawarkan adalah pelbagai jenis tetapi Rayyan Akmal memilih untuk mengetengahkan konsep rehat dan santai dengan dekorasi yang ringkas dan menarik di kafenya itu.

Bekerjasama dengan cef yang cukup berpengalaman dalam bidang masakan, kesemua menu yang disediakan mempunyai keunikan dan keistimewaan cita rasa masing-masing.

Cukup rempah ratusnya, ada manis, masin dan masamnya menjadikan setiap masakan yang disediakan oleh Ketua Cef El Ray, Mohd. Faizal Nasir Mohamad mempunyai sentuhan kulinari dalam gaya tersendiri.

Menurut Rayyan Akmal, ketika dia membuat keputusan untuk membuka kafe tersebut, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah menyedia dan menyajikan menu-menu kegemaran ramai.

“Kalau bercakap mengenai menu, dari awal keputusan untuk membuka kafe ini saya dan juga Cef Faizal telah duduk berbincang dan memilih menu-menu yang sesuai.

“Walaupun boleh dikatakan menu-menu yang ditampilkan adalah masakan fusion tapi kami sepakat untuk mengetengahkan masakan Arab, Itali, Asia dan Barat.

“Yang penting apa yang kami tawarkan dapat diterima masyarakat setempat selain memberi pelbagai pilihan masakan dan sesuai untuk semua peringkat umur,” ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di Unit LG2-003, Podium One Damansara, Komdominium Jalan PJU10/3C, Petaling Jaya, Selangor.

Mula dibuka seawal pukul 10.30, kafe ini menawarkan menu-menu menyelerakan seperti nasi goreng El Ray, ayam mandy claypot, kebab, burger, kepak ayam, piza, dan nasi lemak.

Tambahnya, kesemua hidangan istimewa ini dimasak mengikut resipi Cef Faizal dengan menggunakan rempah ratus dan bahan-bahan segar tempatan.

Bagi sajian Arab, Itali, dan Barat, Rayyan Akmal  menjelaskan, pihaknya seboleh-bolehnya akan menggunakan rempah ratus asli dari negara-negara tersebut untuk mengekalkan keenakan rasa sedia ada.

Bagi air pula, selain ribena cool yang disediakan bersama buah laici dan juga daun pudina, kafe ini tidak ketinggalan menyediakan pelbagai jenis minuman kopi seperti Americano, hazelnut latte, teh hijau, spiced chai latte, salted caramel dan cappucino.

Mampu menampung sehingga 70 orang pada satu-satu masa, menu-menu di kafe ini boleh diperoleh pada harga serendah RM9 hingga RM22.

Tidak hanya sekadar menyediakan masakan buat pelanggan, Kafe El Ray turut menerima tempahan untuk apa juga majlis.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kafe El ray ini bolehlah layari media sosial Instagram elraycafe.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan