SULAIMAN SAMIA'AN
SULAIMAN SAMIA'AN

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMoto), Datuk Sulaiman Samia’an berkata, bagi pembukaan MBW 2018 hari ini, kita mempamerkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertunjukan aksi permotoran, pertandingan ‘Ratu Bikers’ serta konsert yang akan menampilkan artis terkenal 70-an serta peserta Mentor Milenia.

“Presiden GPMoto, Datuk Seri Rauf Yusoh akan merasmikan Jamboree Permotoran pada pukul 11 malam ini dan majlis itu bakal dimeriahkan lagi dengan nyanyian secara langsung oleh para peminat motosikal yang hadir.

“Saya dapat menggambarkan MBW 2018 yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengumpul peminat motosikal daripada pelbagai kategori tidak kira kecil atau besar dalam satu program itu benar-benar menjadi kenyataan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE