Program anjuran syarikat kecantikan, Marissa Aesthethic dengan kerjasama akhbar Mingguan Malaysia itu hari ini menyelesaikan siri jelajah di Pantai Timur yang bermula kelmarin bagi membina kesedaran kepada semua lapisan masyarakat dalam aspek kesihatan, kecantikan dan keyakinan diri.

Pakar program berkenaan, Dr. Rushmini Maris Ismail berkata, program itu bermula di Kelantan pada 28 April lalu diikuti Terengganu (semalam) dan siri jelajah Marissa Aesthetic ke Pantai Timur itu berakhir di daerah ini.

“Bengkel ini mendapat sambutan menggalakkan di ketiga-tiga lokasi. Peserta bukan sahaja terdiri daripada mereka yang sudah menggunakan produk Marissa Aesthetic tetapi yang pertama kali dan ingin mengetahui de­ngan lebih lanjut tentang produk kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada bengkel berkenaan di sini hari ini.

Rushmini Maris berkata, sejak dimulakan pada tahun lalu, bengkel berkenaan mendapat sambutan menggalakkan setiap kali dilaksanakan.

“Konsep kita bukan terus menjual produk tetapi memberi pe­nerangan kepada orang ramai tentang aspek penjagaan kesihatan dan pemilihan produk yang selamat,” katanya.

Menurutnya, sejak bengkel itu dianjurkan, maklum balas yang diterima begitu baik terutama melibatkan peserta.

“Menerusi bengkel ini, kita menerangkan teknik terbaik dan terbukti berkesan untuk penurunan berat badan berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan.

“Peserta juga didedahkan de­ngan lebih lanjut punca berlakunya masalah obesiti,” katanya.