Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lukisan cat getah asli

Contoh produk peralatan lukisan cat getah asli yang dihasilkan 7
Contoh produk peralatan lukisan cat getah asli yang dihasilkan oleh LGM.

Getah asli, juga dikenali sebagai getah India ataupun caoutchouc, pada mula dihasilkan terdiri daripada polimer sebatian isoprena organik, dengan kekotoran kecil sebatian organik lain serta dicampur air. Poliisoprena yang digunakan sebagai getah asli dikelaskan sebagai elastomer.

Getah asli pula digunakan oleh banyak syarikat-syarikat perkilangan untuk pengeluaran produk getah.

Pada masa ini, getah dituai terutamanya dalam bentuk latek daripada pokok-pokok tertentu. Getah ini melekit dan koloid susu dialirkan dengan membuat insisi atau garisan luka ke dalam kulit dan mengumpul bendalir dalam saluran dalam proses yang dipanggil ‘toreh’.

Kemudian, susu getah ditapis ke dalam getah sedia ada untuk pemprosesan komersial. Getah asli digunakan secara meluas dalam banyak aplikasi dan produk, sama ada bersendirian atau dalam kombinasi dengan bahan lain.

Dalam kebanyakan bentuk yang berguna, ia mempunyai nisbah regangan besar dan daya tahan tinggi dan amat kalis air.

Memang selama ini getah mempunyai banyak kegunaannya, terkini Lembaga Getah Malaysia (LGM) menghasilkan catan lateks. Inovasi catan lateks dibangunkan oleh LGM. Ia merupakan medium catan yang pertama di Malaysia malah di dunia diperbuat daripada lateks getah asli iaitu bahan alam semulajadi.

Timbalan Ketua Pengarah, Penyelidikan dan Inovasi LGM, Dr. Zairossani Mohd Nor berkata, catan berasaskan air dan menggunakan pigmen yang juga berasaskan air. Sifat asalnya adalah lut sinar. Walaupun demikian sifatnya oleh diubah menjadi legap dengan campuran bahan pengawet.

“Kebanyakan medium catan di pasaran dicat pada permukaan seperti kanvas, kertas dan sebagainya. Bagi catan lateks selain berfungsi sebagai medium catan, ia juga boleh dijadikan sebagai permukaan asas. Malah ia juga diwarnakan di atas pelbagai jenis permukaan lain seperti kain, board, kayu dan sebagainya,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun catan berasaskan air tetapi menjadi kalis air apabila kering. Setelah kering ia akan melekat pada permukaan bertekstur kasar seperti kanvas dan kain tetapi sebaliknya akan tertanggal di permukaan yang licin.

“Secara ringkasnya catan adalah satu medium baru yang sangat unik,” katanya.

Oleh kerana sifatnya yang berlainan daripada medium sedia ada dengan ciri-ciri unik, tentunya ia memerlukan peralatan khas. Ini menjadikan peralatan yang digunakan adalah berbeza daripada kaedah lukisan tradisional seperti berus tidak lagi sesuai digunakan.

Bagi catan lateks, peralatan yang berpermukaan licin adalah sesuai kerana lateks tidak melekat padanya apabila kering. Contoh peralatan tersebut adalah seperti tiub plastik, cawan plastik, pisau plastik, kain dan lidi. Lukisan menggunakan banyak media seperti cat minyak, akrilik atau cat air getah asli mesra alam untuk lukisan.

Dr. Zairossani berkata, segalanya bermula dengan menghasilkan cat dinding tetapi sebuah syarikat cat telah mempatenkan cat getah asli mesra alam, oleh itui LGM mengubahnya kepada bentuk seni misalnya warna cat untuk lukisan dan untuk catan seni ada dua jenis;

1. Susu getah asli tanpa proses

2. Susu getas asli yang telah diproses

“Warna cat getah asli tidak sama dengan warna air tetapi ada kelasnya yang tersendiri. Selain itu catan getah asli boleh diperbaharui dan tidak toksik pada kulit dan sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.

Dr. Zairossani berkata, pihaknya berharap catan akan mendapatkan permintaan tinggi boleh menjana pendapatan pekebun kecil selain boleh mendapatkan catan yang lebih murah.

Apa yang lebih penting ini adalah media hijau yang boleh diperbaharui dan mempunyai nilai tinggi dalam industri.

“Dengan cara ini komoditi getah boleh dibangunkan. Malah semasa dipamerkan di Expo Milano awal tahun ini, pengunjung di sana menunjukkan minat yang mendalam terhadap catan.

“Kami juga akan mempromosikan catan di Kementerian Pendidikan supaya mereka boleh mendapat pendedahan mengenai sejarah getah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan