Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Layar Bestari hidupkan nostalgia wayang pacak

Azhari Shaari (duduk, tengah) menunjukkan isyarat bagus semasa
Azhari Shaari (duduk, tengah) menunjukkan isyarat bagus semasa tayangan wayang Layar Bestari Perdana di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 16 Mac – Suatu waktu dahulu kelibat Jabatan Penerangan Malaysia meng­uar-uarkan tayangan wayang pacak bukanlah suatu perkara yang asing di negara ini terutamanya pada era 70-an dan awal 1980-an.

Menyedari kemampuannya me­nyam­paikan mesej kerajaan dan perpaduan, UMNO Bahagian Shah Alam meng­adakan aktiviti wayang pacak yang diberi nama baharu iaitu Layar Bestari.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, Layar Bestari yang akan diadakan pada waktu malam itu, bukan sekadar untuk berhibur dan bersantai tetapi juga membawa mesej Kerajaan Pusat berhubung dasar-dasar semasa.

“Selain itu, kita turut me­ngingatkan penonton supaya menunaikan tanggungjawab men­­daftar diri sebagai pengundi di samping menyampaikan mesej perpaduan,” katanya kepada Utusan Malaysia pada program Layar Bestari, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama pada program itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Rahim Mat Shah dan Ketua Puteri Umno Bahagian, Nurul Husna Yem.

Azhari berkata, mesej tersirat daripada sesi tayangan wayang pacak yang menampilkan filem box-office, Polis Evo itu, setiap rakyat perlu menjalankan tanggungjawab sosial mereka kepada negara.

“Program Layar Bestari perlu diteruskan bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat terus daripada sumber iaitu Kerajaan Pusat dan tidak mudah terpedaya dengan pihak yang suka membuat fitnah di dunia siber,” katanya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan