Konvoi tersebut melibatkan lima buah negeri bersejarah yang dilawati iaitu Pulau Pinang,  Perak , Pahang,  Terengganu, Johor dan Kelantan.

Ketua konvoi tersebut, Badrul Zaman Ismail, berkata, objektif penganjuran program tahunan kali ini adalah untuk
menjejaki keturunan pejuang kemerdekaan bagi menaikkan martabak ulama.

"Kita berterima kasih pihak Ekco kerajaan negeri di setiap negeri yang dilawati kerana menyambut baik kehadiran kami. Saya harap konvoi kali ini memberi satu pengalaman dan ilmu bersejarah kepada setiap peserta, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penutup Program Konvoi Motosikal Kembara Jejak Ulamak (KJU) 2018 di perkarangan Dewan Saga Kenering, Kampung Kraftangan dekat Jalan Hilir Kota di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri, Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Sementara itu,  Md. Anizam berkata , pihaknya mengalu-alukan program seperti ini kerana memperingati pejuang- pejuang kemerdekaan sempena sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.- UTUSAN ONLINE