Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsep minimalis warnai rumah 70-an

Aziha banyak bermain dengan tona warna tanah dalam hiasan dalaman 5
Aziha banyak bermain dengan tona warna tanah dalam hiasan dalaman rumahnya bagi menyuntik rasa yang menenangkan dan tak lapuk dek zaman.

SEWAKTU Muhammad Fairuz Abdul Karim membuat keputusan untuk berpindah masuk ke rumah pusaka keluarganya di Gombak, Selangor, isterinya, Nor Aziha Akmar Ahmad Kusaini terus dapat membayangkan potensi untuk mengubah suai rumah lama itu menjadi rumah yang sempurna buat mereka.

Banglo dua tingkat yang dibina sekitar tahun 1970-an itu didiami oleh ahli keluarga lain di tingkat bawah dan di tingkat atas pula yang sudah lebih 10 tahun tidak digunakan merupakan kediaman baru mereka yang diubah suai menjadi ala town house.

Walaupun di tingkat atas rumah tersebut agak usang kerana lama tidak didiami, namun Aziha yang gemar menghias rumah melihatnya sebagai satu cabaran untuk mengindahkan ruang tersebut menjadi rumah idaman mereka.

Tema hiasan dalam rumah tidak susah, Scandinavia dipilih kerana Aziha jatuh cinta dengan konsepnya yang minimalis dan bersih.

Ditambah pula dengan rekaan rumah tersebut dan beberapa perabot lama yang ditinggalkan juga seiring dengan gaya klasik Scandinavia yang terkenal sekitar tahun 1980-an.

Perkara pertama yang dibuat Aziha ialah membuang hampir keseluruhan kemasan lantai berupa parket dan digantikan dengan lantai vinil berupa seperti lantai papan dan lebih mudah dijaga.

Warna cat kuning air pula dipilih melatari hampir keseluruhan dinding rumah.

Sebuah bilik juga diubah suai menjadi dapur dengan pintu dibuang dan bahagian dinding dipecah separuh dan dijadikan kaunter dapur. Bahagian tangga di dalam rumah pula ditutup dengan dinding sementara.

“Jika dilihat rumah ini dahulu dan sekarang pasti ramai akan terkejut kerana tidak menyangka ia boleh berubah sedemikian rupa. Melihat dari luar rumah ramai yang tidak menyangka bahagian dalam rumah boleh diubah-suai menjadi moden.

Tona warna tanah dipilih bagi menampakkan keluasan. Lagipun, ia lebih mudah untuk menyuaipadan dengan perabot-perabot kami sedia ada yang kebanyakannya berwarna putih, coklat dan hitam,” ujar Aziha yang banyak membeli perabot di Ikea dan Kaison. Ia juga menjadi antara punca pendapatannya dengan menjual perabot menerusi instagramnya, @psikeakaison.kl.

Aziha turut bijak bermain dengan estetika rumah lama itu dengan mengekalkan kekisi tingkap yang berkerawang, sekadar mengecatnya dengan warna putih dan dihiasi langsir putih polos, memberi suasana yang mendamaikan.

Skema warna tanah dipecahkan dengan pokok hiasan dan pokok hidup yang menghijau membuatkan ruang lebih ‘hidup’. Warna ceria seperti warna pastel dan keemasan dari barang hiasan seperti bingkai gambar dan bantal menceriakan hiasan dalaman.

“Jangan terlalu banyak barangan dekorasi atau menggunakan terlalu banyak warna yang tidak kena jika memilih konsep minimalis. Perabot juga perlu sederhana bagi menjimatkan ruang selain memberikan ilusi keluasan,” nasihat Aziha.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan