Dr. SOEHARDI ZAINUDDIN
DR. SOEHARDY ZAINUDDIN

Menurut pakar nefrologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Soehardy Zainuddin, sikap terlalu percayakan maklumat carian Google mengenai penyakit tersebut mengakibatkan ada pesakit mengabaikan nasihat pakar dan pemeriksaan kesihatan sama ada di pusat perubatan swasta mahupun kerajaan.

Keadaan itu,  kata Dr. Soehardy menyebabkan ramai yang tidak mendapat rawatan awal sehingga membawa kepada penyakit lain seperti buah pinggang hingga menjadikan diabetik tersebut menjadi semakin teruk dan sukar untuk dirawat.

Bahkan kata Dr. Soehardy, kebanyakan dari pesakit berkenaan juga tidak menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes kerana tidak memahami simptom penyakit tersebut disebabkan salah faham mengenai penerangan yang diperolehi daripada internet.

"Ramai yang lebih percayakan maklumat-maklumat yang didapati di Internet berbanding pakar-pakar perubatan bertauliah sehinggakan penyakit yang dihidapi menjadi begitu kronik dan sukar dirawat," kata beliau ketika ditemui oleh Utusan Online di kliniknya di sini baru-baru ini.

Dr. Soehardy juga mendedahkan setiap tahun terdapat peningkatan antara 3,000 hingga 5,000 kes pesakit diabetik nefroti direkodkan di negara ini.

Beliau berkata, jika sikap ini tidak  diperbetulkan, dibimbangi kes-kes berkenaan akan terus mengalami peningkatan ketara di masa hadapan. - UTUSAN ONLINE