Menteri Kesihatan, Dr. Dzul­kefly Ahmad berkata, semua sekolah yang diarahkan tutup itu adalah masing-masing di tiga daerah iaitu di Beaufort, Sandakan dan Tawau.

Menurutnya, semua premis berkenaan ditutup selama 10 hari bagi mengelak wabak tersebut daripada terus merebak kepada individu lain.

"Langkah ini diambil bagi memastikan penularan wabak HFMD dapat dikawal secara baik dan berdasarkan perkembangan sekarang, isu ini masih lagi dalam kawalan kerajaan.

"Bagaimanapun kita akan terus memantau dan langkah pencegahan akan dilakukan termasuk menghadkan sebarang aktiviti luar khususnya mereka yang mudah diserang wabak berkenaan," katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Queen Elizabeth di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE