Buah-buahan tempatan seperti nanas dan betik cukup baik dalam rawatan bagi menanggalkan daki. Namun, bukan mudah hendak menyediakan bahan-bahan ini yang perlu dicampurkan dengan bahan lain bagi mendapatkan hasil yang berkesan.

Tidak perlu bersusah-payah mencari buah-buahan kerana anda masih boleh berusaha bagi menanggalkan daki dengan melakukan rawatan spa mousse garam (menggunakan ekstrak nanas dan betik) yang disediakan di D&D Beauty House di tingkat lima, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Rawatan membersihkan badan yang menyegarkan ini akan memberikan pengalaman yang menenangkan dan penuh dengan aroma haruman.

Garam laut dalam yang digunakan di dalam rawatan ini, mengeluarkan buih mewah yang berupaya mengeluarkan daki, kotoran serta toksin secara semula jadi tanpa paksaan.

Garam laut juga akan menarik ion negatif dan kulit serta-merta menjadi halus berseri, lembut dan cerah. Tubuh anda akan berbau harum sepanjang hari dan membuatkan anda lebih berkeyakinan.

Menurut pengasas dan pemilik D&D Beauty House, Datin Diana Ibrahim, 53, rawatan ini cukup sesuai bagi mereka yang mahu merehatkan fizikal dan mental, penat dan tertekan.

“Kesan rawatan yang cepat dapat dirasai menjadikan rawatan ini sangat popular di sini. Rawatan ini boleh dilakukan oleh semua golongan termasuk muda, tua, wanita hamil dan remaja. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia dan selamat.

“Sebaiknya lakukan sebulan sekali tetapi bagi mereka yang sering ke pantai, lakukan seminggu sekali. Tempoh rawatan ialah satu jam pada harga RM298.

“Namun, jika memilih pakej termasuk sauna, urutan badan dan spa mousse garam bagi bulan Februari dan Mac, pelanggan akan mendapat harga istimewa RM499,” kata Diana yang begitu mencintai dunia kecantikan.

Atas sebab itulah juga spa masih bertahan sehingga ke hari ini walaupun terdapat banyak saingan. Faktor penggunaan bahan-bahan alami, organik dan bukan kimia juga antara sebab spa ini mempunyai ramai pelanggan tetap.

Memiliki Diploma Kecantikan dari Clara International, kemudian menyambung kursus kecantikan di Itali, Diana menasihatkan wanita supaya bijak menggunakan produk kecantikan yang selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

“Memang ada orang yang hendak cepat nampak cantik dan cerah tanpa memikirkan bahan-bahan yang digunakan di dalam sesuatu produk, namun ianya tidak bagus untuk tempoh yang lama,” katanya. - Meran Abu Bakar