Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tanam rambut atasi botak

Lelaki lebih kerap mengalami alopecia tanpa mengira umur. - GAMBAR 3
Lelaki lebih kerap mengalami alopecia tanpa mengira umur. - GAMBAR HIASAN

RAMBUTNYA yang semakin menipis sangat membimbangkan Alisa. Setiap kali dia menyikat rambut pasti banyak rambut yang melekat pada sikat dan di atas lantai. Jika boleh, dia tidak mahu melihat rambutnya yang gugur itu kerana hanya akan membuatkannya risau.

Apa yang paling dibimbangkan ialah lama-kelamaan mungkin dia akan menjadi botak. Tidak dapat dibayangkan jika dia botak.

Keadaan yang dialami Alisa adalah sebahagian daripada simptom alopecia (kebotakan), yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya.

Doktor estetik dari Klinik Dr. Deleila, Dr. Hatun Deleila Azrai, 45, berkata, alopecia ialah satu keadaan yang dialami kira-kira 60 peratus lelaki dan 40 peratus wanita dari semua peringkat umur.

Alopecia mungkin disebabkan oleh genetik, hormon, trauma, penyakit psikologi, trekking (memberatkan rambut dengan mengikat ketat, tocang dan sebagainya yang lama-kelamaan keadaan ini akan menyebabkan akar rambut boleh tercabut) dan tabiat suka menarik rambut.

Terdapat juga kanak-kanak yang suka memakan rambut sendiri yang dipanggil sebagai trichotillomania.

Katanya, terdapat juga kes kanak-kanak mengadu sakit perut, yang disangka oleh ibu bapa mereka mempunyai masalah cacing di dalam perut, tetapi setelah pemeriksaan doktor dilakukan, terdapat gumpalan rambut di dalam perut kanak-kanak tersebut.

Kontraseptif, ubat mencairkan darah, antikemurungan, steroid, penyakit darah tinggi, kencing manis, stres dan sebagainya juga menjadi salah satu sebab kepada alopecia.

“Lelaki lebih kerap mengalami alopecia tanpa mengira umur, malah ada remaja yang berusia 18 tahun sudah mengalami gejala tersebut berpunca daripada keturunan.

“Sebaliknya, wanita jarang mendapat penyakit ini cuma rambut mereka semakin menipis. Amat jarang sekali wanita yang mengalami botak keseluruhan. Alopecia yang dialami lelaki seakan-akan satu paten di atas kepala namun bagi wanita, rambut mereka semakin menipis hingga menampakkan kulit kepala.

“Masalah kesihatan seperti hipotiroid dan hipertiroid yang dialami lelaki dan wanita juga akan menyebabkan alopecia.

“Rawatan bagi menumbuhkan rambut semula boleh dilakukan tetapi doktor akan mengkaji dahulu punca-punca kepada rambut gugur yang dialami seseorang. Diagnosis alopecia bergantung kepada puncanya sama ada sementara atau definitif.

“Jika kebotakan tersebut berpunca daripada sesuatu penyakit, biasanya doktor akan merawat penyakit tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah rawatan kepada rambut gugur diberikan,” kata Dr Hatun Deleila ditemui Mega Rona di kliniknya di Segambut, Kuala Lumpur .

Ujarnya, alopecia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah dhd testesterone, di mana minoxidyl yang meransang pertumbuhan rambut akan dititiskan pada kulit kepala.

Kaedah lain ialah dengan cara mengurut kulit kepala, mencuci rambut dengan syampu yang sesuai serta perapi, dan mencuci liang roma dengan minyak tertentu. Minyak yang digunakan juga tidak boleh terlebih atau terkurang kerana jika terlebih, liang roma akan tersumbat dan akan membuatkan situasi rambut tidak sihat dan akhirnya gugur.

Dalam cuaca negara kita yang panas, adalah lebih baik jika rambut dicuci setiap hari. Begitu juga dengan atlet yang sentiasa berpeluh digalakkan untuk kerap mencuci rambut.

Menurut Dr. Hatun Deleila lagi, terdapat banyak jenama syampu di pasaran namun sebagai pengguna, pilih syampu yang mengandungi bahan-bahan yang bagus bagi kesihatan rambut, seperti mengandungi vitamin E dan avocado.

Wanita yang memakai tudung dinasihatkan supaya tidak memakai serkup kepala yang ketat dan jangan mengikat rambut dengan getah yang ketat.

Ini akan menyebabkan rambut tidak boleh bernafas. Pilih tudung dan serkup daripada jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh. Adalah tidak logik pendapat sesetengah orang yang mengatakan rambut banyak gugur kerana bertudung. Mungkin rambut nampak nipis dan melepek semasa bertudung tetapi bukan kerana rambut gugur.

“Adalah normal rambut gugur di antara 100 hingga 150 helai sehari. Secara umumnya, orang Asia memiliki paling banyak rambut, kedua orang Barat dan ketiga orang Afrika.

“Rambut orang Asia tumbuh sebanyak 1.25 sentimeter sebulan dan purata setahun sepanjang 15 sentimeter. Minyak kelapa yang disapukan pada akar rambut adalah bagus bagi merangsang pertumbuhan rambut dan menghitamkan kerana minyak tersebut akan meresap ke dalam keratin rambut.

“Kini terdapat teknologi menanam rambut dengan menggunakan rambut tiruan yang dibuat daripada fiber. Pelanggan boleh memilih untuk tempoh tiga atau lima tahun dan panjang rambut yang diingini.

“Terpulang kepada seseorang individu untuk melakukannya sama ada untuk suami, mempunyai penyakit yang menyebabkan rambut gugur atau masalah ini yang berpunca daripada keturunan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan