Presidennya Dr. Mohamed Namazie Ibrahim berkata, ini kerana kumpulan pertengahan dan berpendapatan tinggi juga terdedah kepada masalah membiayai perubatan jika kehilangan pekerjaan walaupun dilindungi insurans kesihatan yang disediakan majikan atau skim manfaat kesihatan pekerja.

“Cadangan tersebut walaubagaimanapun perlu diperhalusi dengan mengadakan perbincangan melibatkan pelbagai pihak terutama agensi yang bukan berasakan keuntungan semata-mata.

“Tambahan pula, sebilangan kecil daripada kumpulan ini, terutama yang bekerja sendiri juga mungkin mempunyai insurans kesihatan swasta dan tetapi tetap mempunyai risiko sendiri jika berdepan kemerosotan kewangan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan semalam yang kini berada di peringkat akhir merangka pelan skim perlindungan insurans kesihatan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta. UTUSAN ONLINE