Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan itu akan diketuai oleh timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan Konsulat Jenderal Indonesia di sini, esok.

“Memandangkan kawasan yang dijangkitan virus rabies membabitkan kampung-kampung bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia, maka kita akan menjalinkan kerjasama untuk menangani masalah tersebut.

“Perbincangan yang akan berlangsung di pejabat konsulat republik itu di Jalan Stutong di sini, turut disertai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian,” katanya dalam semasa sidang media semasa melawat pusat pemvaksian rabies di Dewan Masyarakat Batu 10, Kota Sentosa di sini, petang ini. - UTUSAN ONLINE