Menurut Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Munir Mohd. Nawi, tumbuhan ini tergolong sebagai superfood di Malaysia kerana kaya dengan pelbagai khasiat semula jadi seperti bahan kimia yang mampu memberi kesan terhadap plasma darah manusia seterusnya membersihkan darah.

Beliau berkata, rumpai laut banyak digunakan sebagai agen pengikat dalam penghasilan produk makanan seperti sos, produk tenusu iaitu aiskrim, keju, sosej, perasa makan, pelembab, pencuci muka dan pelbagai lagi.

“Antara kandungan nutrien di dalam makanan ini adalah natrium, kalium, protein, kalsium, ferum, zink, mangan, kuprum, iodin dan pelbagai jenis vitamin iaitu A, B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid pantenik), B6 (kobalamin), B8 (biotin), C, E dan asid folik,” katanya.

Beliau berkata, makanan se­mu­la jadi itu mengandungi kal­sium yang 10 kali lebih tinggi daripada susu manakala khasiat-khasiat lain adalah:

kandungan ‘lignans’ yang tinggi iaitu bahan kimia semula jadi sebagai anti oksida yang membuatkan kulit sentiasa nampak muda.

kaya dengan klorofil yang sangat berkesan untuk proses nyah toksin dalam badan

berkesan untuk penurunan berat badan, kerana kandungan iodin yang tinggi boleh meransang kalenjar tiroid untuk mengekalkan metabolisme badan.

membantu untuk mengalkalian darah manusia dengan meneutralkan kesan-kesan asid yang lebih tinggi yang terkandung di dalam diet harian.

menawarkan perlindungan kepada tubuh badan manusia daripada pelbagai toksin alam sekitar, termasuk logam berat, bahan cemar dan produk sampi­ngan beradiasi, dengan menukar­nya kepada garam tidak berbahaya dan boleh dicerna.