Presiden RF3 World, Nazeri Omar berkata, PrunMax3 merupakan produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh syarikatnya.

Katanya, produk pati buah-buahan yang kaya dengan anti oksida itu menawarkan pelbagai manfaat kepada pembeli terma­suk mampu membantu mengurangkan berat badan.

“Kami mengambil masa lebih setahun membuat kajian untuk menghasilkan produk ini malah lebih istimewa lagi apabila bahan mentah yang digunakan diimport terus dari negara-negara Eropah.

“Produk ini sangat sesuai untuk pengguna yang sangat kuat bekerja kerana dapat membekalkan tenaga yang mencukupi.

Maka ketika kita bekerja, kesihatan kita tetap terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran PrunMax3 di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini.

Sementara itu, Naib Presiden (Penyelidikan dan Pembangunan) RF3 World, Dr. Hasrizan Hassan berkata, keistimewaan utama produk tersebut terletak kepada gabungan enam bahan berkhasiat yang mencipta formula kesihatan berkesan dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

“PrunMax3 dihasil dengan menggabungkan khasiat enam bahan utama iaitu pati buah prun, pati buah delima, ekstrak asam keping, ceri acerola, ekstrak citrus dan madu asli.

“Antara khasiat utama produk ini adalah dapat mengurangkan berat badan, meningkatkan penghadaman, mengurangkan risiko menghidap kanser kolon, mengurangkan kadar kolesterol dan meningkatkan tenaga,” ujarnya.

PrunMax3 adalah produk kelima RF3 World selepas Firmax3, O2Max3, SoulMax3 dan SliMax3 yang sebelum ini dikatakan memberi impak yang besar dan me­ngagumkan.