Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rahsia survivor kanser

 3

KANSER, penyakit yang tidak mengenal jantina serta usia menjadi antara pembunuh utama masyarakat kita.

Saban tahun, semakin ramai yang berperang dengan penyakit ini dan lebih mengejutkan, golongan muda turut tidak terkecuali. Sejauh mana kesedaran kita dan apa inisiatif yang boleh diambil untuk mengelakkannya? Wartawan Utusan Malaysia Sabtu, Mohamad Al Faizal Abdul Karim dan Zakkina Wati Ahmad Tarmizi minggu ini berkongsi cerita pesakit yang berjaya mengharungi cabaran penyakit maut itu. 

Bukan pengakhiran kehidupan

Kanser tidak mendiskriminasi kaum, jantina atau umur. Sesiapa sahaja, muda atau tua, lelaki atau perempuan berisiko dijangkiti penyakit ini.

Pejuang kanser, Nelleisa Omar, 35, tidak pernah terfikir dia akan dihantui penyakit yang digeruni itu. Menghidap kanser payu dara tahap tiga, gadis yang mesra disapa Nell itu kini  sedang berjuang meneruskan hidup. 

“Sekian lama saya mengalami bengkak pada anggota tersebut tetapi tidak pernah berjumpa doktor. Sehinggalah saya merasakan kesakitan itu semakin teruk dan terus membuat  pemeriksaan. 

“Pertama kali mendengar laporan doktor, saya hanya mampu tergelak kecil. Apa yang terlintas di fikiran ketika itu adalah tentang perbelanjaan dan kos rawatan yang bakal saya hadapi,”  katanya.

Nell memberitahu, setelah menjalani rawatan kemoterapi, dia merasakan perlu bangkit dan tidak menyerah. Katanya, menjalani gaya hidup aktif dengan bersenam adalah satu cara pemulihan terbaik baginya.

“Bagi saya, badan perlu cergas setelah menjalani proses rawatan yang cukup lama. Saya tidak boleh membiarkan kanser melemahkan saya.

“Selain itu, saya merasakan perlu untuk berkongsi cerita tentang kisah ini kepada semua. Saya mahu masyarakat tahu bahawa kanser tidak memilih sesiapa dan saya mahu penghidap kanser tahu ini bukan pengakhiran bagi kehidupan,”  jelasnya.

Sementara itu, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan pesakit menghentikan rawatan konvensional dan memilih rawatan alternatif adalah berisiko dan membahayakan kesihatan.

“Semua pesakit harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau perubahan terhadap rawatan mereka,”  katanya.

Dalam pada itu, pesakit dinasihatkan agar memantau pemakanan dengan mengekalkan diet seimbang. Jelas NCSM,  tanpa corak pemakanan yang baik, pesakit berisiko mengalami malnutrisi.

‘Hikmah’ diserang penyamun

SIAPA sangka di sebalik musibah yang menimpa, ada rahmat besar yang menanti. Perkara ini diakui oleh bekas jurufoto perkahwinan, Mohd. Royzilee Mustaffa (gambar), 38 tahun. Segalanya berlaku begitu pantas, Mohd. Royzilee tidak menyangka dirinya menjadi mangsa rompakan. 

Tarikh keramat 1 September 2005 akan kekal dalam ingatan Mohd. Royzilee sampai bila-bila. Dia sama sekali tidak boleh lupa kejadian yang merubah hidupnya secara total selepas tarikh itu.

“Sewaktu berada di stesen  LRT Masjid Jamek sekitar pukul 11 malam, muncul dua lelaki yang muncul  entah dari mana. Berwajah bengis, mereka meminta beg yang saya sandang.

“Saya tidak mahu bagi, lalu mereka keluarkan sebatang kayu. Lepas itu, saya terus rasa sakit di kepala. Sedar-sedar, saya sudah berada di dalam ambulans,” cerita Mohd. Royzilee yang kini menyahut cabaran menubuhkan Yayasan Kanser Malaysia.

Hasil imbasan, Computed Tomography (CT), doktor memaklumkan terdapat ketulan darah beku di otaknya. Bagaimanapun, ketulan itu disifatkan agak aneh yang memerlukan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang  dilakukan dua jam kemudian.

“Keputusannya, terdapat tumor sebesar enam sentimeter yang aktif sejak saya berusia 16 tahun tetapi tidak disedari. Kata doktor, kalau tidak dikesan pada hari berkenaan, jangka hayat saya mungkin tinggal tujuh bulan sahaja lagi,” katanya.

Menurutnya, dia diberi pilihan untuk menjalankan pembedahan dan menanggung risiko lumpuh.

“Saya tidak mempunyai banyak pilihan, akhirnya saya memilih untuk dibedah. Bagaimanapun sebelum pembedahan, saya perlu menelan sebanyak 65 biji pil setiap hari,” katanya.

Selepas beberapa bulan terlantar dan menerima rawatan di hospital, akhirnya Mohd. Royzilee dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Yong Peng, Johor. 

Menurutnya, segala apa yang berlaku itu memberikan seribu hikmah kepadanya dan apabila sedar, dia menganggap itu adalah  hidayah yang diberikan Allah kepadanya.

“Selepas pembedahan, kepala saya sering berasa kebas, Walaupun dijirus dengan air, tetapi tidak berasa apa-apa. Jadi, saya minta pada ayah untuk pergi mandi di air terjun. 

“Syukur selepas duduk selama dua jam di bawah air terjun, rasa kebas hilang sedikit demi sedikit. Itu pun setelah empat kali saya melakukannya,” kata Mohd. Royzilee yang dibawa ayahnya untuk mandi di Air Terjun Bekok, Chaah. 

Tambahnya, sejak menghidap penyakit tersebut, dia kini begitu menitikberatkan kesihatan diri. Setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar mengetahui keadaan diri yang sebenar. Jika ada penyakit, kita dapat mengesan lebih awal dan mempunyai peluang besar untuk rawatan serta kembali sembuh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Royzilee terharu dengan pengorbanan kedua ibu dan ayahnya yang banyak membantunya sepanjang berdepan saat sukar.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan