Kanak-kanak terbabit didapati positif virus tersebut selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini akibat demam.

Dua daripada kanak-kanak itu kini dirawat di hospital manakala tiga lagi dipantau di rumah masing-masing.

Pihak sekolah dalam satu memo kepada ibu bapa memberitahu,  murid lain yang mengalami demam tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan diminta supaya berehat di rumah.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRI Seremban, Nordaniel Hamzah ketika dihubungi mengesahkan memo itu dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Sementara itu,  Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

"Saya ada mendengar tentang kes itu dan pihak kami sedang mendapatkan pengesahan mengenainya kerana kes berkenaan dikendalikan hospital swasta.

"Baru-baru ini satu kes H1N1 turut dilaporkan berlaku di Jempol, bagaimanapun secara umumnya H1N1 di Negeri Sembilan masih terkawal," katanya. - UTUSAN ONLINE