Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, proses penambahbaikan itu akan membolehkan klinik-klinik desa menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit luar berbanding sebelum ini hanya untuk ibu mengandung.

“Langkah itu akan memudahkan masyarakat luar bandar, mereka tidak perlu lagi pergi ke bandar yang mana jarak perjalanan ada kalanya jauh.

“Pada masa ini proses naik taraf itu dilaksanakan mengikut fasa, telah ada beberapa klinik desa yang kini menjadi KK7 sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE