Perlu diingat, setiap wanita berdepan dengan risiko mengidap kanser payudara dan 75 peratus daripada kes penyakit kanser payudara terjadi di bahagian puting areola ataupun di atas/bahagian luar payudara berdekatan ketiak.

Oleh itu, lakukan pemeriksaan sendiri terutamanya di bahagian berkenaan dan semak tujuh masalah payudara yang mungkin anda hadapi :

1 Cyclic Mastalgia

Payudara terasa sakit dalam jangka masa yang agak lama tapi tidak keterlaluan. Gejala ini adalah akibat daripada fluktuasi hormon yang berlaku pada wanita setiap bulan. Bagi mengurangi kesakitan, anda disarankan supaya mengamalkan diet rendah lemak dan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dalam pemakanan harian.

2 Fibrosostik

Penyakit ini terjadi apabila kelenjar susu melebar dan berisi air akibat ketidakseimbangan hormon. Jika ini berlaku kepada anda, cuba kurangkan pengambilan garam dan coklat.

3 Kista

Kista biasanya menyerang wanita yang berusia sekitar 40-an. Penyakit ini merupakan lanjutan dari keadaan fibrosostik yang membesar atau tumor yang membesar dan berisi cairan.

4 Fibroadenomas

Ia merupakan tumor ‘jinak’ yang membesar dengan sangat lambat. Tetapi ia tidak boleh dibiarkan dan harus dibuang segera kerana ia menunjukan keadaan itu tidak normal.

5 Paget Desease

Gejalanya adalah pada puting susu terdapat luka yang tidak sembuh-sembuh selama sekurang-kurangnya dua bulan. Penyakit ini berkembang dengan cepat dan akan terus tersebar melalui saluran kelenjar susu dan berakhir di putting.

6 Inverted nipple

Puting payudara tenggelam merupakan keadaan yang normal jika sudah terjadi sejak awal. Apabila tiba saat wanita akan menyusui anak, puting akan keluar dengan sendirinya kerana desakan kelenjar susu yang berkembang. Tetapi jika sebelum itu puting tidak tenggelam, ia mungkin salah satu gejala barah.

7 Tumbuh rambut di bahagian puting

Ini juga adalah sesuatu yang normal. Rambut ini boleh dicabut, tetapi perlu berhati-hati kerana bekas cabutan itu ditakuti boleh meninggalkan luka dan menyebabkan jangkitan.