Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Inovasi pembedahan dubur

Saiful Hasley Ramli (kanan) menunjukkan alat merawat buasir yang 4
Saiful Hasley Ramli (kanan) menunjukkan alat merawat buasir yang dihasilkan kepada Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof. Datuk. Dr. Abd. Jalil Nordin (dua kanan) sempena Hari Terbuka Inovasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang baru-baru ini.

Bagi mereka yang mempunyai daya imagnasi dan sentuhan seni yang tinggi, keindahan apa juga ‘reka bentuk’ sebenarnya bukan sekadar reka cipta semata-mata tetapi juga penyelesai masalah.

Ini yang telah dibuktikan oleh seorang penyelidik dari Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Saiful Hasley Ramli yang mengambil inspirasi daripada tanglung dan juga payung koktel.

“Jika kita masukkan payung koktel ke dalam botol dan membukanya, ia tidak boleh keluar kerana payung tersebut tersangkut di dalam botol tersebut,” ujarnya.

Dengan mengambil inspirasi tersebut, dan kemudiannya idea untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah dikongsi oleh seorang pakar bedah proktologi yang bertugas di UPM dan juga Hospital Kuala Lumpur beliau menjalankan penyelidikan bertajuk Pembangunan Anoskop Baharu untuk Pembedahan Anorektal bermula pada 2007.

Saiful Hasley memberitahu, projek reka bentuk itu telah dijalankan pada tahun 2007 hingga 2009 semasa beliau dalam pengajian sarjana di Sheffield Hallam University (SHU), United Kingdom (UK).

Projek tersebut dibawa ke UK sebagai projek reka bentuk sewaktu dalam pengajian bidang reka bentuk perindustrian.

Produk yang dihasilkan dinamakan RetAno (Retaining Anoscope) merupakan sejenis anoskop yang digunakan untuk pemeriksaan dan pembedahan anorektal yang sebelumnya dikenali sebagai Self Retaining Anal Speculum (SRAS).

“Alat yang telah direka bentuk ini akan dapat membantu pakar bedah proktologi untuk menggunakan produk ini tanpa memegangnya semasa membuat pembedahan.

“Oleh itu pakar bedah mempunyai kedua-dua tangan untuk melakukan kerja pembedahan dengan lebih berkesan,” katanya lagi.

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, alat tersebut diperbuat daripada bahan plastik dan merupakan alat pembedahan pakai buang.

Ciri-ciri utama produk ini adalah ia dilengkapi dengan kolar silikon yang bertindak sebagai penyendal yang akan menyebabkan produk ini dapat mengekalkan posisinya semasa pemeriksaan atau pembedahan tanpa memegangnya.

Menurut Saiful Hasley lagi, oleh kerana pada peringkat awal penyelidikan, ia bermula sebagai projek reka bentuk, beliau melakukannya seorang diri tetapi mendapat nasihat dan validasi daripada syarikat besar seperti iBBraun Sheffield dan beberapa pakar bedah proktologi semasa di UK.

Walau bagaimanapun katanya, penyelidikan tersebut disambung semula dua tahun lepas sebagai projek pengkomersialan bawah geran kelolaan Innohub UPM.

“Ketika projek dimulakan, dana adalah tanggungan sendiri dan sekarang apabila ia melalui proses pengkomersialan menerusi Innohub UPM, sebanyak RM40,000 telah disalurkan kepada saya sebagai dana penyelidikan pasaran,” ujarnya.

Beliau juga memberitahu, bahawa dana lain daripada pelbagai sumber seperti Kementerian Pendidikan Tinggi dan swasta masih dipohon untuk pembiayaan ujian praklinikal dan juga prototaip.

Dalam pada itu, sebuah syarikat yang bernaung bawah program Innohub UPM, iaitu Reka Sihat Sdn. Bhd., akan melaksanakan kerja-kerja pengkomersialan.

Dalam pada itu, projek berkenaan divalidasi dan mendapat khidmat nasihat dari sebuah syarikat terbesar di Eropah yang menghasilkan kelengkapan pembedahaan dan dikatakan mendapat validasi daripada beberapa pakar bedah di UK dan Malaysia.

Inovasi tersebut disasarkan kepada pakar bedah, hospital tempatan dan juga beberapa negara lain.

Inovasi berkenaan telah dipatenkan pada tahun 2009 oleh UPM dan SHU dan kini masih lagi dalam proses perkembangan dan perincian untuk pengkomersialan.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan