rozita kamil
ROZITA KAMIL

Sehubungan itu Presiden Persatuan Pendidik Taska Tadika Malaysia (PPTTM), Rozita Kamil berkata, semua pihak harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini tanpa menu­ding jari kepada satu pihak sahaja.

“Semua pihak sama ada ibu bapa, pengusaha taska dan kerajaan perlu bersama-sama bekerjasama mencegah wabak ini daripada terus merebak.

“Pendedahan awal seperti kem­pen kesedaran harus diberikan khususnya kepada ibu bapa agar mereka sentiasa ber­hati-hati bagi me­nghindari anak daripada dijangkiti HFMD,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kementerian Ke­sihatan dalam satu kenyataan menyatakan sebanyak 40,949 kes HFMD dicatatkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga 31 Julai lalu dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi 12,193 kes, diikuti Kuala Lumpur (4,676), Sarawak (4,708), Perak (3,160), Sabah (2,424), Johor (2,529), Pulau Pinang (2,917), Kedah (1,471), Kelantan (1,707), Melaka (1,610), Negeri Sembilan (1,667), Pahang (803), Terengganu (632), Wilayah Persekutuan Labuan (384) dan Perlis (250).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol, Ahmad Mansor Din berkata, ibu bapa perlu memantau kesihatan anak mereka agar tidak menjejaskan sesi pem­belajaran di sekolah.

“Pihak PIBG sekolah selalu mengingati ibu bapa supaya lebih prihatin dalam memantau kea­daan kesihatan anak-anak mereka.

“Selain itu, langkah pencegahan yang perlu diambil adalah menjaga kebersihan kerana HFMD berjangkit melalui sentuhan, air liur, najis dan lelehan daripada hidung pesakit, maka kebersihan perlu dititikberatkan terutamanya di rumah,” katanya.