Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sebaliknya mereka yang disyaki dijangkiti wabak itu perlu dibawa berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap jangkitan yang dialami.

“Memang ada cara tradisionl tetapi ia tidak digalakkan, apa yang penting jaga kebersihan. Apabila kanak-kanak disyaki dijangkiti, kena bawa jumpa doktor untuk kenal pasti jangkitan itu serius atau tidak.

“Kebanyakan jangkitan HFMD tidak serius dan kebanyakkannya pulih sendiri dan setakat tahun ini, dua kematian berbanding tiada kematian dilaporkan pada tahun lepas dan tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Saintifik Pakar-pakar Perubatan Keluarga Ke-21 di Ipoh Convention Centre (ICC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ding Lay Ming dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia, Dr Norsiah Ali. - UTUSAN ONLINE