Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun berkata, langkah tersebut diambil selepas 505 kanak-kanak kelas tabika dan 87 orang kanak-kanak di 13 kelas taska di seluruh telah disyaki terkena jangkitan wabak tersebut .

Katanya, penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kita juga mengeluarkan surat peringatan kepada semua tabika dan taska Kemas untuk memastikan garis panduan pencegahan penularan penyakit berjangkit dipatuhi. Ini merupakan usaha yang Kemas telah laksanakan bagi mencegah wabak ini daripada terus menular.

“Selain itu, setiap kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa dipantau di pintu masuk premis. Sekiranya didapati mempunyai tanda menghidap sebarang penyakit berjangkit, ibu bapa disarankan membawa kanak-kanak tersebut mendapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE