Persidangan tersebut yang merupakan kali ke-16 diadakan selama tiga hari, bermula esok dan berakhir pada 15 Oktober ini bertempat di Hotel Istana, di sini.

Menurut Pengerusi NADI, Prof. Emeritus Datuk Mustaffa Embong, objektif persidangan adalah untuk memperbaiki pengurusan diabetes termasuk kaedah praktikal dalam menangani penjagaan penyakit diabetes.

Beliau berkata, pada persidangan itu juga nanti, peserta akan diedahkan dengan dianogsis atau rawatan penyakit diabetes pada peringkat awal, kawalan optima, komplimasi serta penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan diabetes.

“Objektif persidangan kali ini juga untuk menerapkan pengetahuan cara menjaga pesakit diabetes dalam kalangan masyarakat kita,” katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Seramai 12 orang penceramah dari luar negara akan membentangkan kertas kerja masing-masing termasuk penceramah dari Sepanyol, India, Mesir, Filipina, Amerika Syarikat, Hong Kong, Australia, Itali, United Kingdon, Singapura, Korea dan Taiwan.

Mustaffa juga berkata, persidangan ini sesuai untuk dihadiri oleh pakar perubatan dan pembedahan, pengamal perubatan, pensyarah perubatan, pakar pemakanan dan kumpulan atau golongan yang berkaitan dengan diabetes . - UTUSAN ONLINE