Tambah Sheila, bukan mudah untuk kekal aktif setelah 32 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pada masa yang sama, memberi perhatian kepada keluarga terutamanya dua orang anaknya yang aktif dan masih bersekolah.

Untuk terus melakukan apa yang digemari, Sheila harus kekal aktif dan amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan dan kesejahteraan diri.

“Oleh itu saya menyeru agar rakyat Malaysia, tua atau muda untuk mula menjaga kesihatan jantung mereka. Lakukan senaman secara kerap dan amalkan diet seimbang setiap hari, anda akan terus melakukan apa yang anda gemari. Anda harus bergerak untuk menghentikan umur anda dan bukan umur yang menghentikan pergerakan anda,” tambah Sheila lagi.

Gaya hidup sihat membantu Sheila menjaga kesihatan jantung dengan mengawal peningkatan kolesterol, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi.

“Untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik, lakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah,” katanya yang turut minum susu Anlene dua kali sehari.

Dalam pada itu, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya, Professor Dr. Chee Kok Han memberitahu, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai tiga tinggi ialah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit. Penyakit ini juga merupakan punca kematian lebih kurang 73 peratus rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Formulasi

Berkongsikan tip-tip penjagaan kesihatan jantung di majlis pelancaran, Dr. Chee berkata, hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol tinggi, hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi, satu daripada enam mengalami diabetes Jenis 2 dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun.

“Oleh itu, golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 Tinggi ini menerusi tabiat serta gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik.

“Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres anda. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam, yang juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi anda,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia Karen Ong berkata, demi memenuhi keperluan gaya hidup sihat pengguna Malaysia, syarikat tersebut telah berinovasi untuk menghasilkan formulasi terbaharu bagi membantu menjaga kesihatan jantung serta menganjurkan kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung.

“Di Fonterra, kami fokus dalam menghasilkan produk tenusu yang bukan sahaja lazat tetapi meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Sejajar dengan misi ini, peningkatan usaha kami beberapa tahun kebelakangan ini, membawa Anlene® menjangkau lebih daripada aspek pemakanan untuk tulang.

“Tahun ini, produk terbaharu kami Anlene HeartPlus™ mengandungi MoveMax™ dan HeartMax™, yang mengandungi gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung di samping juga menyokong pergerakan,” jelasnya.

Anlene Heart-Plus™ kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus™ dan tip menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my.

  •  Kekalkan berat badan.
  •  Pilih makanan sihat.
  •  Kekal aktif.
  •  Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala