Khairul Badri Abdul Basit
Khairul Badri Abdul Basit

Menurut Pengurus Projek, Khairul Badri Abdul Basit,37, rekod bersih pada penganjuran yang lalu menarik minat penyertaan baru menyertai program.

“Peryertaan kali ini adalah diluar jangkaan. Tahun lepas, program di buat di Air Banun Grik mendapat penyertaan sebanyak 430 kenderaan, tapi kali ini penyertaan melepasi 800 kenderaan.

"Jika dikira setiap kenderaan ada 3 orang, jadi jumlah penyertaan peserta pula dijangka melebihi 2400 orang”, tidak termasuk penduduk berhampiran yang datang menyaksikan dan menyertai program program sampingan yang diadakan," kata Khairul Badri.

Kembori ini juga telah berjaya menyatukan lebih seratus kumpulan dan Kelab 4x4 untuk bergabung bagi menjayakan  satu program besar secara tahunan.

Jadi Kembori Sahabat 2018 adalah satu perhimpunan terbesar pernah dianjurkan di kalangan peminat kenderaan pacuan empat roda tanah air.

Kembori Sahabat bermula pada tiga tahun lepas di Sungai Lembing, Pahang dengan kehadiran seratus kenderaan.

Tujuan asal adalah untuk menghimpunkan peminat peminat aktiviti pacuan empat roda dalam satu aktiviti perkhemahan kemuadian berkembang bila mendapat kerjasama dan penajaan dari pihak pihak berkaitan pemotoran dan kerajaan negeri untuk sama terlibat dalam penganjuran program

Penglibatan UMW dengan jenama minyak Grantt memberi impak besar pada penganjuran dimana satu perlumbaan “special stage” (ss) dimasukkan kedalam acara sebagai tarikan penganjuran.

Cabaran “Grantt Challenge Kemboree Sahabat 4x4” dibuka kepada dua kategori, “hard core open kabin”,  dan “light core”. Setiap pesert perlu menghabiskan empat “special stage” yang disediakan penganjur.  Sebanyak 37 kenderaan mengambil bahagian kali ini, dimana sepuluh untuk kategori “hard core” selebihnya untuk kategori “light core”.

Menurut Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, Amri Hashim, perhimpunan ini merupakan  acara tahunan GRANTT Lubricants sebagai penaja utama.

Selain ingin mendekati peminat tegar 4X4, GRANTT Lubricants juga berpeluang untuk berkongsi pengetahun asas berkaitan produk dan teknologi minyak pelincir yang merupakan aspek penting yang perlu di titikberatkan dalam penjagaan enjin kenderaan. 

“Dari 4x4 untuk 4x4”, melalui penkongsian pendapat dan maklumbalas yang diperolehi di kalangan “SAHABAT 4x4”, GRANTT lubricants telah melancarkan produk terbarunya GRANTT QUASAR SAE 10W40 CI-4/SL rumusan sintetik dalam pek 7 liter.  Ianya diyakini dapat memberi kepuasan kepada “SAHABAT 4x4” untuk pemanduan lasak.

Setanding minyak pelincir jenama antarabangsa, GRANTT Lubricants menawarkan rangkaian minyak pelincir yang lengkap untuk kenderaan dan juga kegunaan sektor industri seperti minyak pelincir untuk kenderaan penumpang (PCMO), minyak pelincir untuk motosikal (MCO), minyak enjin diesel (DEO), cecair transmisi auto (ATF), minyak hidraulik dan gris. 

Jesteru itu, “Grantt Challenge Kemboree Sahabat 4x4” merupakan jenama perlumbaan lasak yang kami perkenalkan bagi memeriahkan Kembori ini dan ia merupakan acara tahunan bagi minyak Grantt, ujarnya.

Selain perlumbaan dan perkhemahan program diisi dengan aktiviti seperti memanah, atv, sukaneka, senam robik dan terdapat banyak gerai gerai yang menjual kelengkapan perkhemahan dan eksesori kenderaan dengan harga menarik.

Bagi mengeratkan lagi silatulrahiim dikalangan peserta penganjur menyediakan dua ekor lembu untuk dimasak secara bergotong royong dikalangan peserta.

Keputusan Grantt Challenge Kemboree Sahabat 4x4

Light Category

  1. Fendi / Husin – 352 mata
  2. N Akmaruddin / Iman Zulkarnain – 343 mata
  3. Ahmad Arasidi / Mohd Junaidi – 338 mata
  4. Muhamad / Asmadinoor – 327 mata

Open Category

  1. Nik Pa / Ezzy – 382 mata
  2. Zulkifli / Azilie – 367 mata
  3. Shamsul Anuar / Joe Pomen – 347 mata
  4. Mohd Zul Azrif / Mohd Shahrul – 345 mata