Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita perlu ada aset hartanah

Jadi pejuang hartanah

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2016 - Ahyat Ishak ketika seminar mengenai 3
Ahyat Ishak ketika seminar mengenai hartanah pada Festival Wanita Muda di PWTC

Wanita era ini dilihat memikul tanggungjawab yang lebih berat berbanding golongan wanita terdahulu. Ini kerana, selain perlu mempunyai kewangan sendiri, mereka juga harus memiliki aset yang mampu membantu wanita pada masa depan jika berada dalam keadaan terdesak.

Pemilihan aset juga perlu betul bagi mengelakkan ia menjadi tanggungan hutang, yang akhirnya menyebabkan golongan berkenaan lebih sengsara, malah membawa kepada satu keadaan yang lebuh buruk terutama jika memiliki keluarga.

Justeru, aset bernilai seperti pemilikan hartanah dilihat pelaburan amat tepat buat golongan berkenaan berbanding pelaburan berisiko lain yang ada kalanya membawa keuntungan segera namun perlu berdepan risiko yang amat tinggi.

Pun begitu, hakikatnya tidak mudah untuk memiliki hartanah ketika ini ekoran faktor harga yang mahal, ekonomi negara yang tidak menentu selain bebanan hutang yang ditanggung terlalu banyak.

Malah, sesetengah orang melihat kepentingan harta bukan aset seperti kereta, pakaian berjenama, gajet serta gaya hidup mewah lebih penting daripada aset hartanah, menjadikan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki aset bernilai itu.

Menurut usahawan dan pengasas Komuniti Perjuang Hartanah, Ahyat Ishak, pemilikan hartanah atau rumah bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat jika tidak mempunyai keazaman memilikinya sejak dari awal.

Jelasnya, ramai wanita yang kalah dengan godaan ingin berkereta besar, bergaya dengan jenama mewah serta mempunyai gajet yang mahal hanya semata-mata ingin memuaskan hati sendiri mahupun menunjuk pada orang lain.

Biar pun perkara itu dilihat tidak salah, tetapi keadaan itu akhirnya memaksa mereka ‘mengikat’ pendapatan. Mereka melihat memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli hartanah tidak membawa ‘keuntungan’ ketika ini.

Memiliki hartanah merupakan satu perjuangan kerana jika mereka tidak berjuang untuk mendapatkan tanah yang ada ketika ini, tidak mustahil suatu hari nanti tanah di negara ini dimiliki oleh orang asing.

Akuinya, harga tanah mahu pun rumah di negara ini masih banyak lagi yang mampu dibeli jika masyarakat bijak mencari peluang dan rajin mencari ilmu tentang pelaburan hartanah.

“Memang nak beli rumah ini payah, jika senang sudah ramai memilikinya, namun jika kita berusaha dan sentiasa mendahulukan perkara lain yang tidak penting, maka sampai bila-bila kita tidak dapat beli rumah.

“Jika orang lain boleh berkorban untuk tidak bermewah kerana ingin membeli sebuah rumah, kenapa masih ramai menjadikan alasan harga rumah mahal, kerajaan tak bantu subsidi dan sebagainya,” katanya pada Seminar Hartanah di Festival Wanita Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pasang niat untuk memiliki rumah idaman.

Golongan wanita merupakan golongan yang mampu menguruskan kewangan dengan baik memandangkan ramai wanita kini berjaya membeli rumah sendiri sebelum berkahwin.

Menurut Ahyat, itu merupakan satu perkembangan yang baik kerana ini bermakna mereka semakin memahami kepentingan memiliki aset bernilai berbanding menghabiskan wang pada perkara yang tidak penting.

Untuk memiliki hartanah, wanita perlu menjadi pejuang hartanah, iaitu perlu berjuang dan berusaha memiliki tanah atau rumah yang dikehendaki memandangkan menurut kajian, wanita mempunyai usia lebih panjang berbanding lelaki.

Oleh itu, seharusnya golongan wanita perlu mempunyai kewangan yang kukuh berbanding lelaki sebagai salah satu langkah persediaan menjelang hari tua.

“Manusia secara fizikal kalau nampak bahaya akan ambil langkah ke belakang, namun seorang pejuang kalau lihat ketidaktentuan atau bahaya dia akan mara ke depan sebab merasakan masalah itu adalah risiko dan peluang yang perlu dicabar, kerana natijahnya akan memperoleh hasil yang besar.

“Sama seperti pasaran hartanah kerana memang ekonomi berlaku ketidaktentuan, namun membeli hartanah adalah satu pelaburan yang berguna masa depan. Jadi, setiap masalah atau cabaran yang dilalui, perlu dijadikan sebagai peluang untuk menambah nilai hidup,” ujarnya.

Untuk menjadi pejuang hartanah perlu mempunyai ilmu bidang berkenaan selain harus mempunyai master plan agar individu itu mengetahui hala tuju yang mahu dicapai seperti mengetahui berapa jumlah pendapatan, perbelanjaan, simpanan serta pelaburan yang boleh dilakukan.

Ini kerana, kegagalan untuk melakukan perkara itu menyebabkan kebanyakan orang tidak mampu mencapai impian mereka untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah.

Justeru, paling penting setiap individu yang ingin memiliki rumah perlu mempunyai dua sumber pendapatan, iaitu sumber pendapatan utama dan sumber pendapatan tambahan.

“Jangan berharap pada pendapatan tetap sahaja, perlu rajin mencari pendapatan lain sebagai penyelamat kepada pendapatan anda jika pendapatan tetap tidak cukup. Pendapatan perlu digandakan setiap masa.

“Usah bebankan anak-anak dengan sikap kita yang tidak bijak menyimpan wang kerana mereka juga mempunyai kehidupan pada masa depan,” jelasnya.

 

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan