Itu antara reaksi awal pengunjung apabila melihat pelbagai jenis roti dan produk yang tertera logo halal pada plastik pembungkusan, botol produk dan juga papan tanda kiosk Aalam dalam Pasar Raya Takashimaya, Okayama, Jepun.

KILANG beras halal Okayama mampu memenuhi keperluan pelancong
KILANG beras halal Okayama mampu memenuhi keperluan pelancong

Bagi Ahli Lembaga Pengarah Aalam, Naoko Rida Khan, soalan itu langsung tidak menggelikan hatinya tetapi sebaliknya merupakan permulaan terbaik baginya untuk menerangkan secara lebih mendalam mengenai apa itu pensijilan halal dan keistimewaan produk berkenaan kepada penduduk Jepun, khususnya Okayama yang rata-ratanya tidak beragama Islam.

Naoko yang beragama Islam dan berhijab menganggap dakwah bukan sekadar menunjukkan akhlak terpuji tetapi ia turut boleh disampaikan melalui medium pemakanan halalan tayyiban (bersih dan baik).

Aalam mula ditubuhkan pada Julai 2015 dengan Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri daripada Naoko sendiri; Presiden Syarikat Tepung Beras Halal, Hiroshi Tanaka; Presiden Tepung Gandum Halal, Kentaro Masamoto; Pengerusi Sekolah Vokasional Okayama yang juga Presiden Fukusa (rangkaian restoran yang menghidangkan makanan halal), Mutsuyuki Takeda.

KILANG roti halal pertama di Okayama.
KILANG roti halal pertama di Okayama.

Naoko memulakan tugasnya pada 2014 sebagai Pengurus Cawangan Okayama bagi Persatuan Perniagaan Halal Jepun yang antara tugas utamanya memberikan maklumat mengenai piawaian halal dan meneroka potensi pasaran produk halal di Jepun.

Melalui inisiatifnya beberapa syarikat terutama produk pemakanan dan pembuatan telah memperoleh sijil halal. Antaranya syarikat tepung beras untuk menghasilkan roti halal berasaskan beras dan juga syarikat-syarikat lain bersabit dengan pemakanan termasuk tepung gandum yang kini semuanya menjadi ahli lembaga pengarah Aalam.

Pada masa sama sebuah pasar raya juga menawarkan peluang untuk membuka sebuah kedai roti halal dalam premis mereka yang dibuka secara rasminya pada September 2015.

KIOS Aalam dalam Pasar Raya Takashimaya yang menawarkan pelbagai
KIOS Aalam dalam Pasar Raya Takashimaya yang menawarkan pelbagai

Tujuan penubuhan Aalam ialah untuk menyediakan platform terbaik kepada pembuatan produk-produk halal di Okayama termasuk menyediakan pensijilan halal kepada syarikat-syarikat yang berminat menjalin kerjasama seperti produk kosmetik dan penjagaan kesihatan keluaran industri kecil dan sederhana tempatan.

“Aalam memasarkan produk roti halal yang dihasilkan kepada hotel, universiti, kedai, restoran, kawasan tumpuan ramai di sekitar Okayama. Sasaran seterusnya ialah ke seluruh Jepun dalam masa terdekat apabila keupayaan kilang Aalam mampu memenuhi permintaan.

“Matlamat utama pemasaran produk halal Aalam ialah bagi memastikan pengguna bukan Islam sedar motto kami iaitu, “Halal Untuk Semua”. Produk menggunakan tepung beras adalah antara kelebihan produk-produk roti keluaran Aalam,” kata Naoko.