Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Uniknya tatahias reka bentuk pengindustrian

Regalia Service Aparment 3

DARI kemasan rustic dan unsur-unsur struktur yang terdedah hingga ke reka bentuk lampu yang diilhamkan daripada pengindustrian, kebelakangan ini, reka bentuk dalaman berkonsepkan industrial design menjadi pilihan ramai.

Di mata umum melihat ia seperti reka bentuk yang dibuat separuh jalan, namun bagi yang menghargai konsep sedemikian merasakan ia satu seni dan menghargai nilai estetika rekaan yang dahulunya lebih sinonim di gudang-gudang.

Reka bentuk dalaman pengindustrian turut menjadi pilihan kediaman kondominium atau apartmen yang mempunyai keluasan kecil, sesuai dengan konsepnya yang tidak berlebih-lebihan dari segi hiasan supaya menjimatkan ruang.

Bagi Mohd. Azrul Hakim, dia mula terdedah dengan reka bentuk dalaman pengindustrian daripada pengalamannya menjelajah seluruh dunia yang mana ia dilihat lebih dihargai di negara-negara luar.

Malah konsep tersebut di aplikasikan pada kediamannya di Regalia Service Residence di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

“Di luar negara, konsep reka bentuk dalaman industrial ini banyak dilihat di kafe-kafe, kedai malah bilik hotel, memberikan kelainan kepada konsep yang terlalu umum yang lain.

“Setiap kali saya melancong atau ke luar negara atas urusan kerja, saya akan menempah bilik hotel yang berkonsepkan industrial kerana ia seakan mendalami jiwa muda yang mahukan kelainan.

“Reka bentuk industrial kelihatan jujur dan telus dengan reka bentuk yang terdedah. Malah penggunaan warna neutral memberikan ketenangan pada mata.

“Namun, dalam menghias unit studio apartmen saya ini, saya tidak boleh terlalu mengikut ciri konsep industrial sepenuhnya bagi mengekalkan reka bentuk asal apartmen ini, sekadar memberi ‘roh’ pada kemasan, perabot dan hiasan kecil,” ujarnya yang menyewakan unit menghadap Menara Berkembar Petronas menerusi laman Instagram @stayatregaliabyah.

Berkeluasan 631 kaki persegi, Mohd. Azrul bijak menghias unit studionya itu dengan perabot ditempah khas yang banyak bermain dengan elemen besi dan kayu.

Kurang menggunakan perabot besar, ia bagi membenarkan cahaya matahari masuk dan menerangi bilik di waktu siang.

Warna-warna neutral seperti putih, kelabu dan perang digunakan dalam menghias ruang tersebut dan kemasan warna hitam menyerlahkan lagi rekaannya.

Uniknya, Mohd. Azrul menggunakan kertas dinding sebanyak tiga lapis bagi membentuk imej seperti siluet kawasan perkilangan yang lebih sinonim dengan konsep industrial.

“Saya turut banyak menggunakan bahan kitar semula seperti terendak lampu dari tanah liat dan wayar lampu menggunakan tali kasa bagi memberi imej pengindustrian.

“Tempat menggantung pakaian dibuatkan terdedah tanpa almari bagi memenuhi konsep tersebut,” ujarnya yang turut menyediakan perkhidmatan pengurusan majlis di unit tersebut.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan