Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak mahu dianggap pengemis

AURORA Buskers yang ditubuhkan sejak tahun lalu mahu membawa muzik
AURORA Buskers yang ditubuhkan sejak tahun lalu mahu membawa muzik mereka ke peringkat lebih tinggi.

JIKA diamati, semakin ramai anak-anak muda tampil secara aktif sebagai seniman jalanan. Ada di antara mereka menjadikan profesion ini sebagai satu karier tetap atau separuh masa demi pendapatan sampingan.

Namun, kebanjiran seniman jalanan bagaikan masih sukar merubah minda masyarakat, yang memalit perspektif mengaitkan golongan itu dengan aktiviti mengemis atau meminta sedekah.

Berkesempatan bertemu dengan lima anak muda yang menggelar diri sebagai Aurora Busker, sedikit sebanyak membuka peluang kepada penulis menyelami sekelumit kekecewaan dipendam terhadap realiti kehidupan bergelar seniman jalanan.

Kumpulan ini dianggotai lapan anak muda berbakat termasuk Muhamad Zulkarnain Ahmad Shaufi, Mohamad Saidi Daud, Zulaziz Jumaat selaku gitaris, Muhd. Amin Ramly selaku pemain cajon dan Siti Hajar Abdul Razak (vokal).

Muhd. Amin yang juga merangkap ketua kumpulan memberitahu kehadiran mereka sebagai seniman jalanan lebih daripada sekadar menghiburkan orang ramai.

“Seniman jalanan atau pemain buskers bukan pengemis atau peminta sedekah. Kehadiran kami adalah kerana bakat dimiliki dan kami ingin kongsi kelebihan ini bersama semua.

“Kadangkala amat mengecewakan apabila ada segelintir pihak mengaitkan kami dengan aktiviti mengemis. Oleh itu, kami mahu ubah persepsi tersebut dengan membawa muzik kami ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Lambakan pemain buskers atau penyanyi jalanan membuatkan Aurora Buskers terpaksa mencari jalan, bersaing secara sihat untuk diterima peminat. Kata Muhd. Amin, mereka perlu mengambil pendekatan lebih kreatif agar tidak disamakan dengan pengemis dan mampu bertahan.

“Bukan mudah untuk puaskan hati penonton kerana cita rasa mereka berbeza. Ini kami anggap cabaran yang perlu diharungi dengan keseronokan dan kesungguhan.

“Kami mahu ada identiti dan kelainan. Oleh kerana itu, kumpulan kami lari daripada kebiasaan iaitu kami memiliki lapan anggota yang boleh bermain dengan kreatif. Antara perbezaan yang kami cuba bawakan adalah dari segi permainan alat muzik yang lebih pelbagai, melibatkan instrumen moden dan tradisional.

“Pada masa sama, kami banyak membawakan lagu-lagu asli dan tradisional. Jika dilihat pada trend, kebanyakan buskers pada masa kini mengutamakan lagu bercorak moden. Namun, sebenarnya penggemar muzik-muzik asli juga masih ramai dan ini terbukti melalui maklum balas diterima daripada penonton,” ujarnya.

Disoal tentang kepuasan menjadi seniman jalanan, Muhd. Amin berkata, menganggotai kumpulan busker banyak mengajar dirinya dan ahli kumpulan lain untuk mengenali siapa diri mereka, sekali gus memberi motivasi dalam kehidupan.

“Membuat persembahan dalam band secara langsung seperti ada jurang antara penghibur dengan penonton. Berbeza dengan kumpulan busker yang mana lebih dekat dengan penonton.

“Sebenarnya, ia bukan tentang wang ringgit, tetapi nilai hubungan sesama manusia. Kami amat gembira apabila penonton terhibur. Walaupun penat, namun kami berasa puas dan bahagia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Saidi memberitahu, selain membawakan lagu-lagu penyanyi lain, Aurora Buskers turut memperkenalkan lagu yang digubah dan ditulis mereka sendiri.

“Setakat ini, terdapat satu lagu dihasilkan kami sendiri berjudul Satu Penantian. Lagu itu berkisar tentang seorang kanak-kanak kehilangan ayah yang merupakan nelayan.

“Lagu ini lebih kedengaran moden dan serasi dengan semua pendengar,” jelasnya. 

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan