Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suspicious Acttt serasi irama punk rock

Suspicious Acttt akan cuba mengetengahkan genre punk rock, selain ingin mencuba genre lain yang bers 2
Suspicious Acttt akan cuba mengetengahkan genre punk rock, selain ingin mencuba genre lain yang bersesuaian.

Jarang kita dapat melihat kelibat kumpulan muzik yang masih memainkan lagu bergenre punk rock seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 90-an hingga penghujung 2010.

Ketika itu, band punk rock dan grunge dari luar negara seperti Sum 41, Greenday dan Blik 182 menjadi pujaan peminat muzik dalam kalangan generasi muda yang suka irama yang lebih rancak.

Itulah yang dilakukan oleh sebuah kumpulan muzik dari Ampang, Kuala Lumpur yang menggelarkan diri mereka sebagai Suspicious Acttt yang masih lagi menjadikan irama punk rock sebagai wadah untuk peminat mereka.

Bercerita mengenai penubuhan kumpulan ini, Aliff Rizanuddin berkata, dia dan seorang lagi rakan, Zaric Zulkafly bersekolah bersama dan sejak itu, mereka berdua kerap bermain muzik bersama.

Hinggalah satu ketika, mereka menubuhkan kumpulan Suspicious Acttt pada 2013 yang dianggotai tiga orang termasuklah Amirul Iskandar yang baru setahun bersama kumpulan ini.

Walaupun baharu tiga tahun ditubuhkan, siapa sangka kumpulan ini pernah menjuarai pertandingan Battle of The Band yang dianjurkan oleh Bently Music pada 2014.

Dengan kemenangan tersebut, mereka ditaja untuk merakamkan dua buah lagu dan mengadakan konsert mereka sendiri di Bently Music beserta sesi rakaman fotografi buat kumpulan mereka.

Dua buah lagu yang kini dimainkan di beberapa stesen radio tempatan berjudul Konflik dan Statik merupakan hasil atau buah tangan pertama yang mereka rakamkan untuk peminat.

Zaric berkata, generasi hari ini tidak seperti generasi dahulu ketika muzik punk rock menjadi wadah hiburan dengan kebanyakan orang mengenali kumpulan muzik seperti Blink 182 mahupun Greenday.

Mereka kini ada yang tidak mengenali kumpulan tersebut disebabkan beberapa faktor, antaranya populariti yang sudah berkurangan mahupun mereka tidak didedahkan dengan muzik seperti itu.

Suspicious Acttt akan cuba mengetengahkan genre tersebut, selain ingin mencuba genre lain yang bersesuaian bagi membolehkan kumpulan ini terus mampu bersaing di arena hiburan tanah air.

Mereka juga dalam perancangan untuk menerbitkan album mini yang memuatkan tujuh buah lagu selepas hari raya nanti dan proses pembikinan masih berjalan.

“Jika tidak ada masalah, kami akan membuat rakaman pada bulan puasa dengan menerapkan pelbagai genre, antaranya punk rock itu sendiri, grunge, rock and roll serta sedikit rock klasik,” jelasnya.

Bercerita mengenai pengalaman sejak berjinak-jinak dalam dunia hiburan, perkara paling menarik adalah peminat yang sentiasa menyokong dan hadir dalam setiap persembahan yang dilakukan termasuklah gigs ataupun acara festival.

Aliff berkata, mereka tidak kisah dengan bayaran dan paling penting jujur kerana mereka pernah ditipu oleh pihak penganjur yang menyatakan bahawa tidak ada bayaran walaupun pada awalnya ada.

“Perkara seperti ini sering berlaku dalam kalangan kumpulan baharu. Pihak penganjur perlu ingat kerana dalam industri ini, kumpulan muzik rapat dengan kumpulan yang lain.

“Apabila ada kumpulan muzik yang bermain dalam acara sama menerima bayaran dan kami pula tidak menerimanya, maka keadaan itu membuatkan kami berasa dianaktirikan serta tidak dilayan sama rata,” katanya.

Suspicious Acttt dibarisi tiga orang iaitu gitar utama dan vokal oleh Aliff, Zaric (bass) dan Amirul (drum). Dalam setiap persembahan, terdapat seorang pemain gitar kedua yang akan bersama menjayakan persembahan mereka. – AMIRUL/WAHIDA

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan