Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suri bangunkan francais fesyen

Mohd. Izam Sulaiman (kiri) dan Janizan Wazir (dua dari kiri) bersama Siti Norul Laili Ismail (dua da 4
Mohd. Izam Sulaiman (kiri) dan Janizan Wazir (dua dari kiri) bersama Siti Norul Laili Ismail (dua dari kanan) dan suami pada majlis pelancaran Butik Surischa milik mereka di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Membangunkan sesebuah jenama fesyen memerlukan kesabaran dan kerja keras tanpa mudah berputus asa.

Itu juga yang menjadi falsafah perniagaan bagi Butik Surischa, yang melebarkan sayap ke Teluk Intan, Perak baru-baru ini selepas kejayaan beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Ayer Keroh, Melaka.

Butik yang kini semakin popular dalam kalangan pengguna media sosial dan perniagaan dalam talian ini berkonsepkan francais.

Menurut pemiliknya, Nur Syaza Fauzi atau mesra dengan panggilan Suri, peluang perniagaan sentiasa terbuka luas tetapi menuntut kerajinan dan kesungguhan.

“Bersandarkan pengalaman, saya perlu kreatif dan mencari peluang baharu untuk mempelbagaikan pemasaran.

“Misalnya, jika sebelum ini Butik Surischa terkenal di sosial media seperti Facebook dan Intagram, pada masa sama saya ambil inisiatif mewujudkan butik fizikal di Bandar Baru Bangi.

“Selepas hampir dua tahun, dengan kerjasama Mara saya mendapat peluang membuka pusat latihan untuk golongan usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan di Ayer Keroh, Melaka. Lantas saya berpindah ke sana.

“Walaupun kebanyakan yang mendaftar adalah usahawan baharu yang mahu membina jenama sendiri, saya lihat ia satu peluang berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan menjadikan mereka stokis, pengedar atau francais,” katanya.

Menurut Suri, melalui konsep tersebut, kini terdapat tujuh stokis utama Surischa di seluruh negara iaitu di Kelantan, Melaka, Bangi, Sarawak, Pahang, Perak dan Singapura.

Langkah yang diperkenal menguntungkan kedua-dua belah pihak kerana mendapat sokongan penuh dari ibu pejabat yang menjaga kepentingan pengeluaran dan pemasaran.

“Kami bagaikan keluarga besar kerana bergerak dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat dan saling berkongsi ilmu dan kemahiran.

“Apabila berada atas landasan yang sama pergerakan juga lebih laju dan serasi,” katanya.

Ini turut diakui Mohd. Izam Sulaiman, 46, yang berkongsi niaga bersama isterinya, Janizan Wazir, 37, dan birasnya, Siti Norul Laili Ismail, 43, dengan membuka cawangan butik Surischa di Taman Melur Sejati 2, Teluk Intan.

“Saya memang tidak ada pengalaman mengendalikan butik pakaian tetapi berasa sayang pula jika peluang tidak direbut.

“Bersama isteri dan kakak iparnya kami bercadang menawarkan koleksi pakaian secara pukal atas jenama sendiri, namun selepas berjumpa Suri dan melihat potensi jenama Surischa, kami memilih francais.

“Saya tertarik dengan komitmen dan inisiatif yang ditunjukkan. Perniagaan ini sentiasa tinggi permintaannya dengan syarat bersedia menerima dan mempraktikkan perkongsian teknik pemasaran yang betul,” ujarnya.

Bagi Siti Norul Laili, sungguh pun telah terlibat dalam perniagaan kontraktor sebelum ini, mengendalikan butik pakaian sesuatu yang menarik untuk diberi tumpuan.

“Saya juga pernah berjaya dalam perniagaan MLM (jualan langsung pelbagai peringkat), namun perubahan ekonomi menyebabkan saya celik mata menceburi bidang baharu.

“Teknik promosi melalui dalam talian sangat mengujakan, namun didorong permintaan pelanggan untuk merasa dan menyentuh sendiri produk yang dijual membuatkan kami menubuhkan butik fizikal.

“Kami menjangkakan sambutan lebih tinggi menjelang musim perayaan tidak lama lagi.” katanya.

Janizan pula tertarik dengan kekuatan sambutan daripada pelanggan.

“Keseronokan berniaga mula dirasai apabila pelanggan bukan sekadar membeli tetapi ada dalam kalangan mereka terus menjadi pengedar dan perkenal kepada rakan-rakan.

“Rekaan koleksi Surischa antara faktor pendorong kerana ia sesuai dipakai dalam pelbagai acara dan majlis,” katanya sambil mengakui Surischa boleh dilawati di Facebook, Surischa Malaysia.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan