Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suamiku terperangkap kerana main-main cinta

“MAKNA perkataan insaf dan maaf tidak pernah wujud dalam kamus hati suamiku malah tidak membawa apa-apa erti kepadanya. Dia akan minta maaf jika kesalahannya jelas dilihat dari perbuatannya, jika tidak dia tidak akan mengaku salah sebaliknya menyalahkan isterinya kerana menuduhnya.

“Lelaki jenis ini juga tidak akan insaf walaupun telah hilang apa yang disayanginya. Rasa insaf itu mungkin timbul berbelas tahun kemudian. Selagi dia boleh bernafas, apa lagi bergerak, maka dia tidak akan insaf.

Itu pengalaman saya bersuamikan Imran yang sepanjang perkahwinan tidak pernah mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan.’’ Demikian cerita Puan Zahiratun ketika kami berbual baru-baru ini.

“Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan kebanyakan lelaki, sama ada masih bujang apa lagi sudah berumah tangga juga berperangai seperti ini. Mereka sanggup bertengang leher dan bertengkar tidak mengaku kesalahannya. Inilah perangai Imran sejak lebih 15 tahun lepas. Walaupun kami berkahwin lebih 20 tahun lalu.

“Saya tak sangka dia boleh berubah perangai kerana dahulu ketika saya bekerja, dia memang suami yang baik dan sayangkan anak-anaknya, tetapi setelah berhenti kerja, lama kelamaan perangainya bertukar jadi semakin sombong, ego dan mementingkan diri sendiri. Tanpa saya sedar apa kesalahan telah dilakukan.

“Bila tanya apa salah saya dia tidak jawab, sebaliknya membebel tak tentu pasal. Hinggakan masalah kecil sebagai contoh, terlupa mandikan anak ataupun lambat goreng ikan pun akan jadi isu besar, mengamuk dan memaki hamun saya, apa lagi jika anak menangis.

“Dulu saya bekerja, tetapi kerana masalah pengasuh anak, maka saya terpaksa berhenti. Sebab takkan saya nak ambil cuti selalu, sementara Imran tak mahu gilir ambil cuti, katanya soal jaga anak urusan isteri, bukan suami.

“Kerana masalah sering bercuti dan selalu ambil cuti kecemasan, akhirnya saya terpaksa buat keputusan berhenti kerja. Lagipun saya lihat jika bekerja, Imran banyak melepaskan tugas sediakan makan minum kepada saya. Hinggakan saya sering kekeringan duit.

“Setelah memikirkan masalah inilah saya terpaksa berhenti kerja. Awalnya memang dia tak ada masalah beri nafkah kami, tetapi dia terlalu berjimat, terlalu berkira. Namun itu semua bukan masalah besar kepada saya. Tetapi keadaan berubah setelah dia tamat perkhidmatan kerajaan dan dapat pencen.

“Kemudian dia dapat kerja baru. Bermakna dia ada dua pendapatan tetap. Satu dapat pencen kerajaan dan kedua dapat gaji di tempat baru dia bekerja. Di sinilah bermulanya masalah kami bila Imran rasa ada banyak duit dalam tangan.

“Pada awalnya nampak semua ok, tetapi lama kelamaan dia mula suka balik lewat, alasannya kerja banyak. Namun saya sedar perubahannya jelas kelihatan kerana ada kekasih. Bukan sekali dua saya dapat tangkap dia melayan wanita dalam telefon, tetapi dia nafikan, sebaliknya salahkan saya kenapa suka baca mesej, dan suka dengar dia bercakap di telefon.

“Dia tuduh saya cemburu, dan saya disalahkan jika dia lakukan sesuatu buruk kepada saya. Amaran demi amaran diberikan kerana dia tuduh saya cemburu, dan saya diugut jangan menyesal jika dia bertindak. Katanya lagi saya akan tahu nasib saya jika terus cemburu.

“Sebenarnya saya tak cemburu, cuma bertanya kenapa dia sering balik lewat malam, dulu tak macam ni. Imran kata dulu dia kerja kerajaan, sekarang swasta, kena kerja keras. Sedangkan sebenarnya dia ada banyak teman wanita silih berganti.

“Isteri mana yang tak cemburu jika suaminya ada hubungan dengan wanita lain. Saya tanya elok-elok kena marah. Tuduh saya cemburu. Tetapi dia tak nafikan dia ada teman wanita yang saling berganti. Tak kira sama ada gadis atau isteri orang, semua dia layan, semua dia bagi layanan istimewa sebagai kekasih. Tentu kita sakit hati. Dengan isteri dia berkira dan amat kedekut tetapi dengan kekasihnya dia bagi duit dan hadiah.

“Kerana terbiasa mempunyai ramai teman wanita, ada kalanya dia terlupa, ketika itulah dia sering terperangkap. Bila kekasih mengamuk, saya dan anak-anak di rumah jadi mangsa kena maki hamun kerana kesalahan kecil. Satu perangainya dia suka memaki hamun saya dan anak-anak, langsung tak ada perasaan malu jika jiran tetangga dengar.

Berubah

“Imran buat perangai ini sejak berusia 30-an dan ketika berusia 40 tahun perangainya bertambah teruk. Emak saya pernah berkata jika orang lelaki dah berusia lebih 40-an tahun masih tak ubah perangai buruknya dan tak berusaha membaikinya, maka sampai tua atau sampai ke lubang kubur pun dia tetap tak berubah.

“Setiap kali rahsianya bersama teman wanita terbongkar saya nasihatkan dia, bahawa dia ada anak perempuan, apa perasaan dia jika anak-anak nanti dianiaya lelaki lain, tentu dia marah. Tetapi saya pulak kena maki hamun, dan diugut kalau masih bertanya pasal teman wanitanya, maka jangan menyesal jika dia bertindak. “Malah dia sering mengugut jika tak puas hati maka saya boleh buat aduan ke Mahkamah Syariah. Bukan sekali dua dia mengugut seperti itu, banyak kali. Tetapi memikirkan anak- anak masih bersekolah dan perlukan banyak duit untuk membiayai mereka, maka saya terpaksa tutup mulut dan bersabar.

“Malah saya sering menangis dalam hati mengenangkan nasib, sampai hati suami buat saya begini dengan mengugut hendak ceraikan saya. Kini rasanya sudah terlalu lama saya bersabar dah lebih 15 tahun. Umur Imran dah 50 tahun, tetapi nampaknya perangai dia tak pernah berubah, dari anak kecil hingga kini tiga orang anak kami sudah masuk kolej dan shabis STPM, dia masih suka berganti kekasih.

“Tetapi wanita yang akhir ini nampaknya dia tak boleh terlepas. Imran sudah kena buku dengan ruas. Rahsianya terbongkar bila saya terbaca slip bank yang dia berikan duit kepada wanita tersebut. Kalau sekali dia beri RM500 jika sebulan jadi seribu. Bila sudah terperangkap dan terikat dengan kekasihnya, dia lepaskan geram dan marahnya dengan bertindak kepada kami anak-beranak.

“Kalau dulu anak-anak masih boleh dapat duit saku atau duit buku pelajaran, kini semakin ketat. Imran juga potong belanja makan-minum kami. Dia mula jarang jarang balik makan atau sarapan di rumah. Bila saya tanya mengapa kurangkan belanja pelajaran anak-anak dia suruh saya cari duit sendiri. Mana nak cari jika saya tak bekerja?

“Dulu pernah juga saya pujuk dia beli rumah, bukan saya minta banglo atau semi-D, cuma rumah flat atau apartmen murah pun sudah memadai, tetapi dia suruh saya cari duit sendiri. Kalau nak beli juga saya mesti sediakan setengah dari harga rumah tersebut.

“Memang dia sengaja sakitkan hati saya, sebab dia tahu saya tak ada duit. Hingga kini kami masih sewa flat, sedangkan dengan pendapatannya sekarang dia mampu beli apartmen.Pernah juga saya rayu Imran beli rumah, Imran kata buat apa dia hendak senangkan hidup saya?

“Dulu saya tak faham apa maksudnya, kini saya mengerti, sebenarnya dia tak mahu tinggalkan ataupun beri sesen duit dia kepada saya dan sudah jadi impiannya untuk ceraikan saya jika kahwin lain, dan dia memang tak mahu beri saya tempat tinggal untuk kami anak beranak. Biar kami susah.

“Katanya kalau bercerai saya boleh tuntut harta titik peluh dia, jadi buat apa nak beli rumah? Jika tak ada harta saya tak boleh tuntut apa-apa. Patutlah sejak kami berkahwin lebih 20 tahun dia tidak mahu beli sebarang harta, baik rumah atau tanah, buat rumah di kampung pun dia tak mahu.

“Dia cuma ada sebuah kereta kecil dan motor. Duitnya disimpan dalam bank. Dia cuma berbelanja untuk pelajaran anak-anak dan makan minum kami ala kadar. Bercuti memang tak pernah. Kecuali balik kampung setahun sekali. Memang Imran terlalu berkira pasal duit.

“Kini sepandai-pandai dia mengenakan wanita lain, akhirnya dia terikat dengan ugutan seorang wanita yang jadi kekasihnya kerana tak boleh lepaskan diri seperti dulu. Dia terpaksa tanggung makan minum wanita tersebut, beri duit setiap kali wanita itu minta. Rasanya dia belum kahwin lagi, tetapi dia terpaksa berbelanja seolah-olah wanita tersebut isterinya.

“Untuk kepastian saya tanya Imran apakah benar dia sudah berkahwin? Jika benar saya tak marah, tetapi ceraikan saya, sebab saya tahu dia tak mampu tanggung dua isteri, tambah pula umur pun semakin meningkat, sampai bila dia mesti bekerja untuk cari duit.

“Saya rela dia berkahwin lagi jika dengan wanita itu dia dapat kebahagiaan. Sebab dia sering bandingkan saya dengan teman wanitanya. Lebih sakit hati bila Imran ugut jika saya tak mahu kuruskan badan dia akan kahwin lagi. Kini saya beri dia segala kemudahan untuk dia ceraikan saya dan saya juga sudah mengadu ke mahkamah untuk dapatkan khidmat nasihat atau dia mahu ceraikan saya seperti dia selalu ugut.

“Kalau dulu bila rahsianya terbongkar saya dapat tahu dia ada kekasih, dia selalu minta maaf dan janji tidak akan buat lagi. Tetapi semua janji tersebut bohong semata-mata, selepas setahun dia buat hal lagi, katanya dia pandai jaga badan dan rupa, sebab itu wanita terpikat padanya, bukan dia yang cari.

“Kini saya tak peduli dia nak kahwin lagi atau nak simpan wanita, itu hak dia, dia sudah tua dan tahu membezakan halal dan haram. Tetapi kerana saya tak mahu dia kena tangkap basah dan memalukan anak-anak yang sudah besar panjang , maka saya buat keputusan saya rela diceraikan.

“Tetapi menunggu keputusan Imran itulah yang lambat, kerana dia sering mengelak hadir ke Mahkamah Syariah. Itu cerita Zahiratun panjang lebar tentang suaminya yang suka dikelilingi teman wanita. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Dia kini terperangkap dengan wanita tersebut, kalau dulu dia senang terlepas kini dia terperangkap.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan