Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Scandinavia citarasa Zakry

Scandinavia citarasa Zakry 5

Sewaktu membeli rumah teres dua tingkat di Ampang, Selangor lebih dua tahun lalu, Mohd. Zakry Hamidan sudah membayangkan gaya hiasan dalaman yang sesuai dengan citarasanya untuk dizahirkan ke rumah barunya itu.

Mahukan gaya yang minimalis dan sederhana namun tidak melupakan nilai estetika, jurutera minyak dan gas itu jatuh cinta dengan konsep hiasan dalaman Scandinavia yang menyeimbangkan tiga kunci utama iaitu praktikal, kesederhanaan dan estetik dalam rekaan.

Paduan gaya dari Sweden, Norway, Denmark dan Finland, hiasan dalaman Scandinavia banyak menggunakan elemen natural, pelet warna neutral dan garisan yang kemas selain bermain dengan impahan cahaya hasil daripada perabot yang minimalis bagi memberi impak luas dalam setiap ruang.

Melangkah masuk ke kedi­aman Mohd. Zakry, konsep hiasan dalaman terserlah dengan pemilihan perabot bersaiz kecil dan hiasan yang unik dengan garisan bingkai yang kemas.

Ditambah pula dengan skema warna neutral yang melatari ruang rumah serta simbahan cahaya natural dari luar serta penggunaan lampu lantai dan lampu meja menaikkan lagi mood Scandinavia.

Namun, tidak mahu elemen rumah keluarga yang ceria hilang, Mohd. Zakry bijak menyuntik warna-warna pastel menggunakan hiasan di setiap ruang, sekali gus memperlihatkan ciri-ciri feminin kerana rumah itu didominasi oleh ahli keluarga perempuan iaitu isterinya, Sharul Ainliah Alang Ahmad dan dua orang anak perempuan mereka, Iman Adriana dan Hana Irdina.

“Konsep hiasan dalaman Scandinavia ini sederhana dan minimalis dalam setaip rekaannya. Perabot yang kecil membuatkan rumah kelihatan luas selain membenarkan cahaya menembusi setiap ruang.

“Jika perabot besar, rumah akan kelihatan gelap kerana menghalang cahaya. Saya gemar konsep Scandinavia ini kerana ia menjadikan rumah begitu tenang dan aman, membuatkan kita tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk berehat setelah seharian bekerja.

“Selain itu, penggunaan perabot yang tidak besar memudahkan saya untuk menyusun atur kedudukannya setiap dua hingga tiga bulan sekali kerana saya seorang yang mudah bosan dengan sesuatu gaya,” terangnya yang banyak membuat kajian gaya Scandinavia di Internet terutama di Instagram.

Koleksi poster petikan positif

Bingkai dengan poster yang memaparkan petikan kata positif melengkapkan lagi konsep hiasan dalaman Scandinavia. Menariknya, Mohd. Zakry mereka dan mencetak sendiri poster-poster tersebut kerana ketika mula menghias rumah, dia menyedari sukar untuk menemui poster-poster yang berkonsepkan Islamik di pasaran.

Awalnya sekadar mereka dan mencetak poster untuk hiasan rumah sendiri, dia mula mendapat pesanan daripada kenalan dan lahirlah perniagaan di Instagram, @bycapta­inzedshop.

Selain itu, Mohd. Zakry turut pernah mengadakan bengkel menghias rumah malah turut menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman bagi mereka yang meminati gaya yang sama.

Dari Instagram juga, Mohd. Zakry menemui ramai yang meminati gaya hiasan Scandinavia dan membentuk satu komuniti di laman Internet yang sering berbincang tentang cara penggayaan dan di mana untuk mendapatkan perabot.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan