Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ruji tampilkan resipi warisan keluarga

Laksa asam 7
Laksa asam

BERPELUANG merasai sendiri laksa asam, nasi lemak ayam goreng rempah, nasi kacang, daging kurma, dan set nasi tomato, ternyata setiap satunya mempunyai sentuhan yang istimewa.

Sudah pasti kesemua menu ini mempunyai rasa yang berbeza antara satu sama lain bahkan tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa kesemuanya ‘masuk’ dengan selera masyarakat setempat.

Bagi mereka yang ingin menikmati sendiri kelainan rasanya, eloklah mengunjungi Restoran Ruji yang terletak di Bukit Jelutong. Selain menyajikan makanan berdasarkan resipi warisan keluarga, restoran ini pasti tidak akan mengecewakan anda.

Mengilhamkan nama kedai daripada maksud Ruji itu sendiri, menurut pengurus restoran, Shana Zahar, restoran ini sememangnya menyajikan makanan menggunakan resipi neneknya sendiri.

Tambah beliau, ruji membawa maksud makanan utama bagi sesuatu kaum atau kelompok manusia.

“Jika diikutkan maksud sebenar, makanan asas berbeza mengikut tempat, namun biasanya ialah makanan berkanji yang tidak mahal daripada sumber sayuran. Ia juga mempunyai tenaga makanan yang tinggi dan boleh disimpan atau diperolehi sepanjang tahun. Walaupun berkhasiat, makanan ruji tidak mempunyai semua nutrien dan perlu ditambah dengan makanan lain untuk mengelakkan pemakanan tidak seimbang. Sebagai contoh, makanan ruji rakyat Malaysia ialah nasi,” jelasnya.

Tidak hairanlah, kebanyakan menu yang dihidangkan berasaskan nasi dan lauk utama seperti daging lembu dan ayam.

“Menu-menu yang terdapat di Ruji ini sememangnya diambil daripada resipi nenek saya sendiri kerana beliau memenag terkenal dengan kebolehan memasak makanan kampung khususnya dari Pulau Pinang. Restoran ini dibuka pada Mac lalu dan nenek bertindak sebagai pemerhati khususnya di bahagian dapur. Malah, nenek berada di sini hampir dua bulan bagi memastikan menu yang dimasak sama seperti yang diajarnya kepada saya dan tukang masak,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai perniagaan makanannya itu, jelas Shana lagi, walaupun restoran ini baru dibuka, kualiti rasa dan keenakan setiap menu yang disajikan sentiasa dijaga. Bagi memastikan kualiti terbaik, Shana akan memastikan kesemua bahan serta rempah ratus telah disediakan terlebih dahulu di dapur sama seperti resipi neneknya.

Tidak dinafikan kesemua menu yang disajikan kepada pengunjung pastinya memenuhi cita rasa dan selera masyarakat setempat.

Selain menu-menu makanan Melayu seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi kacang, Ruji turut menampilkan satu pemanis mulut yang dikenali sebagai suji yang dibuat menggunakan kismis dan kacang badam.

Mengetengahkan konsep restoran keluarga, harga bagi setiap makanan juga dilihat berpatutan.

“Sebelum restoran ini dibuka, kami telah berbincang mengenai menu serta harga yang harus dikenakan. Jadi kami telah sebulat suara ingin menjadikan Ruji sebuah restoran keluarga selain pengunjung juga dapat menikmati hidangan dalam suasana yang santai.

“Untuk itu kami mensasarkan kepada golongan pertengahan dan disebabkan itulah harga yang kami kenakan juga adalah berpatutan serta tidak membebankan,” katanya lagi.

Ulas Shana lagi, keistimewaan Ruji tidak hanya setakat itu malah menu-menu yang disediakan adalah mengikut cara tersendiri.

Cuba mencungkil kelainan yang dimaksudkan, Shana memberitahu, ramai yang tidak tahu tentang nasi kacang. Justeru, dia menampilkan resipi nasi dan kacang dal yang disediakan dibuat sendiri dan mengekalkan resipi tradisi.

Yang pasti, keistimewaan Ruji tidak hanya terletak kepada keenakan sajiannya malah pelbagai seleksi minuman enak turut dihidangkan bersama.

Dibuka enam hari seminggu bermula Sabtu hingga Khamis pada pukul 11 pagi hingga 10 malam, Ruji juga mengalu-alukan orang ramai yang berminat mengadakan majlis seperti rumah terbuka Aidilfitri, hari jadi dan sebagainya. Restoran ini boleh memuatkan hampir 70 orang dan harga bergantung pada pilihan menu pelanggan.

RUJI,

Alamat: 1-G-05, D’Vida Business Park, Jalan Bazar U8/101 Bukit Jelutong, Selangor.

Nombor telefon: 03-58853740

Instagram: @kedaimakanruji

E-mel: [email protected]

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan