Berlian itu sendiri sangat eksklusif dan membawa maksud batu indah yang melambangkan kemakmuran, kekayaan dan kemasyhuran. Tidak hairanlah berlian sering menjadi pilihan menjelang perkahwinan. Bagi peminat berlian sama ada lelaki atau wanita, HABIB menawarkan koleksi terbesar cincin perkahwinan.

Kemewahan koleksi ini dapat dilihat menerusi rekaan cincin berlian Solitare yang lebih klasik dan elegan untuk disarungkan di jari raja sehari pasti akan menambah seri. Cincin berlian ini dengan padanan emas 18K boleh didapati dengan pelbagai saiz, potongan, warna dan kejernihan.

Kilauan cincin Eternity pula sesuai disarungkan di jari manis bagi mereka yang lebih meminati rekaan yang ringkas dan anggun untuk majlis perkahwinan. Dengan bertatahkan kilauan berlian di sekeliling permukaan cincin dengan padanan emas putih 18K atau emas kuning 18K, koleksi ini menjadi simbol bagi komitmen dan kasih sayang antara pasangan yang tiada penghujungnya. Cincin ini sesuai dipadankan bersama Cincin Solitare bagi menambahkan lagi kilauan berlian pada cincin tersebut.

Dalam pada itu , cincin berlian Hearts On Fire yang mempunyai potongan berlian paling sempurna di dunia turut menjadi idaman pasangan pengantin khususnya wanita. Tidak ketinggalan buat si teruna, cincin berlian daripada koleksi jejaka yang klasik dan eksklusif diperbuat daripada palladium dengan bertatahkan berlian dan juga batu permata yang boleh dipakai oleh lelaki bagi menaikkan aura si pengantin.

Cincin yang bakal memberi sejuta senyuman buat anda di hari bahagia ini boleh didapati di sembilan bilik pameran HABIB terpilih, Ampang Point, Semua House, Suria KLCC, Mid Valley, The Curve, Bangsar Village II, Gurney Plaza Penang, The Spring Kuching dan Suria Sabah.