Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Persembahan Jibby dalam MakaMakan

Restoran Maka Makan 6

MINAT terhadap seni pembuatan makanan telah mendorong Najib Hamid untuk meneruskan persembahan seni makanan terbaik kepada pelanggannya. Pengalaman 16 tahun yang diperoleh semasa berada di Australia ketika meneruskan pengajian dalam bidang masakan dan kulinari digunakan sepenuhnya.

Sebelum Najib pulang ke tanah air, dia turut mempunyai sebuah restoran tetapi menjual perniagaan kepada rakan konginya di Australia. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masakan dan kulinari, dia merasa yakin untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Najib atau lebih dikenali dengan jolokan Jibby, berhajat untuk membawa sesuatu yang baharu dan segar kepada penggemar makanan di Lembah Klang. Dia berpakat dengan seorang rakan baiknya, FD Idzham Fd Iskandar untuk membuka sebuah restoran yang dikenali sebagai MakaMakan by Jibby.

Konsep yang diperkenalkan MakaMakan adalah menjurus kepada konsep hibrid makanan Melayu moden dan nusantara. Ini jelas ketara dengan pilihan menu makanan yang dihidangkan di MakaMakan seperti Bernie Bergedil, Nasi Uduk Dulang, Nasi Kerabu Diraja dan MakaMakan Laksa, melambangkan identiti dari mana makanan itu berasal.

Mungkin nama makanan tersebut kedengaran agak baru namun sebenarnya itu adalah hasil ‘air tangan’ Jibby yang telah lama menjalankan eksperimen untuk menghasilkan makanan yang terbaik kepada pelanggan. Seperti Bernie Bergedil, ia sebenarnya adalah telur rebus bersama kentang, sayur bayam, daging salai dan sos hollandaise.

“Pengalaman yang saya peroleh sepanjang terlibat dalam bidang penyediaan makanan saya manfaatkan dengan sentiasa menghasilkan resepi baharu disamping memastikan kualiti makanan terjaga,” kata Jibby.

Ia merupakan hidangan lengkap yang diambil pada awal hari untuk membekalkan tenaga hingga ke waktu malam. Begitu juga dengan Laksa MakaMakan yang dipersembahkan bersama ketam lembut tempura untuk meningkatkan lagi persembahan disamping memberikan kelainan kepada peminat laksa.

Selain daripada makanan, Jibby turut memberikan fokus terhadap pemilihan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Kebanyakan bahan masakan adalah dari pasaran tempatan kecuali bahan yang tidak terdapat di Malaysia dan perlu diimpot.

“Biarpun bahan masakan adalah produk tempatan namun ia tetap mampu memberikan rasa asli yang istimewa serta kualiti tinggi dan rasa yang sedap,” kata Jibbby yang memilih sendiri bahan-bahan yang digunakan dalam masakan.

Restoran MakaMakan mampu memuatkan 50 hingga 70 dalam sesuatu masa. Selain menerima pelanggan yang datang ke restoran, Jibby turut menerima tempahan untuk majlis tertutup, sambutan hari jadi, majlis pelancaran produk dan Baby Shower.

Restoran yang diusahakan oleh Jibby dan Idzham ini dibuka setiap hari dan beroperasi dari pukul 10.00 hingga 10.00 malam.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan