Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengasuh anak-anak syurga

PERJUMPAAN Ahli Persatuan Albino yang turut melibatkan pelbagai 3
PERJUMPAAN Ahli Persatuan Albino yang turut melibatkan pelbagai kaum dan agama.

Bermula April 2016 saya diserapkan ke kelas Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI). Pada permulaannya amat khuatir jika tidak mampu mendidik anak-anak istimewa ini tetapi lama kelamaan saya rasa cukup terpanggil dan bertanggungjawab untuk mengajar mereka cara solat, baca al-Quran dan fardu ain dengan betul.

Selain itu, kami di PPKI mengajar cara pengurusan diri seperti menggosok gigi, kekemasan penampilan, melipat kain, memasak, mengemas dan sebagainya. Keadaan ini menjadikan kebersamaan dengan mereka lebih mesra dan rapat.

Kebanyakan ibu bapa tidak merasakan solat itu satu kefarduan kepada anak-anak mereka. Mereka menganggap anak-anak istimewa akan ke syurga tanpa hisab disebabkan ketidakupayaan mereka, oleh itu bukan satu kewajipan untuk mereka belajar solat dan mengaji.

Saya sentiasa memanjatkan kesyukuran apabila anak-anak didik sudah dapat membiasakan diri dengan solat, memperbaiki bacaan dalam solat serta membaca al-Quran walaupun merangkak dan perlahan berbanding pelajar normal. Bersyukur kerana terpilih untuk berdakwah dan menyebarkan nilai kebaikan dalam diri anak-anak ini. Jauh di dasar hati, saya sangat bersyukur dan bertuah kerana berada dalam kalangan anak-anak ini saya dapat menginsafkan diri tentang kekuasaan dan kehendak Allah yang tiada siapa boleh menghalangnya.

PERSATUAN ALBINO

Takdir dilahirkan sebagai albino membawa saya menyertai Persatuan Albino Malaysia sejak 2010. Di situ kami bergaul dengan rakan-rakan daripada semua kaum dan pelbagai latar belakang sosioekonomi dan budaya. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya forum tentang albinism dan orang kurang upaya, aktiviti riadah seperti bowling, jungle tracking dan sebagainya.

Peluang bergaul dengan rakan-rakan yang dilahirkan sebagai albino membuatkan saya bertambah yakin dan bangga dengan keistimewaan kami yang tentunya terselit hikmah yang cukup besar. Abang saya, Abdul Sattar Mohamad (juga albino) yang kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan sering dijemput menyampaikan perkongsian ilmu dan tazkirah. Saya juga memiliki empat orang anak saudara albino. Berbekalkan pengalaman dan dugaan hidup yang dilalui kami sering berkongsi cerita dan ilmu. Suasana ini menjadikan hubungan kami lebih akrab dan ceria.

MERAIH BAHAGIA

Alhamdulillah, saya sudah miliki segala impian dalam hidup. Keluarga bahagia dengan suami yang penyayang, memahami dan bertanggungjawab. Kehadiran empat orang anak teruna yang sihat dan berjaya dalam pelajaran masing-masing merupakan anugerah yang cukup berharga. Kerjaya yang baik dalam mendidik anak-anak PPKI mengenal matlamat hidup. Dikelilingi oleh rakan-rakan yang sungguh baik, saling sokong menyokong dan bekerjasama. Saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan orang lain serta berbuat baik setiap masa dan ketika. Saya yakin, bahagia dicapai dengan berusaha memburu reda Allah dan berkat doa restu bonda.

Tiada warna

Albino ialah orang yang tidak mempunyai warna atau pigmentasi. Pigmentasi dihasilkan oleh zat tertentu di dalam tubuh yang saling bertindak balas antara satu sama lain. Perkataan albino berasal daripada Yunani iaitu ‘albus’ yang bererti putih.

Mata merah jambu

Seseorang albino mempunyai mata berwarna merah jambu. Ia disebabkan darah merah tampak mengalir di retina mata. Mata albino sangat peka terhadap cahaya. Jadi orang albino selalunya membuka mata sedikit sahaja dan sering berkedip.

Rambut Putih

Rambut albino di seluruh tubuhnya. Bahkan jaringan di dalam tubuhnya seperti otak dan saraf tulang belakang juga berwarna putih.

Tupai dan zirafah albino

Albinisme tidak hanya ditemukan pada manusia tapi juga pada tanaman dan setiap jenis haiwan termasuk burung. Mungkin albino yang paling kita kenal ialah tikus putih tetapi ada orang yang bernasib baik pernah melihat tupai dan zirafah albino!

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan