Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MULA JUAL 20 PASANG JUBAH ABAYA

Jubah Abaya 1

Kunjungan ke Mesir pada 2013 memberi ilham kepada Muhammad Aqmal Salleh untuk memperkenalkan jubah Abaya yang begitu popular di Asia Barat ke tanah air.

MUHAMMAD AQMAL SALLEH menunjukkan antara jubah Abaya yang ditempah khas dari Mesir untuk pelanggan d
MUHAMMAD AQMAL SALLEH menunjukkan antara jubah Abaya yang ditempah khas dari Mesir untuk pelanggan d

Muhammad Aqmal melihat jubah-jubah tersebut cantik dan berpotensi untuk dipasarkan ke Malaysia memandangkan tidak ramai muslimah memiliki pakaian tersebut.

Namun terdapat sedikit halangan kepada pemilik kedai dalam talian, Jubah Kami itu kerana saiz yang dijual tidak sepadan dengan saiz badan muslimah di Malaysia.

Ini kerana jubah yang dijual dijahit mengikut saiz wanita dari negara-negara Asia Barat yang lebih ‘besar’ daripada saiz wanita Malaysia.

Bermula dari situ, timbul idea untuk menawarkan jubah Abaya yang diperbuat sepenuhnya di Mesir tetapi dijahit mengikut saiz wanita Malaysia.

“Saya mula mencari kilang di sana yang sudi bekerjasama untuk merealisasikan idea ini. Akhirnya, saya berjumpa dengan pembekal yang bersesuaian,” katanya kepada S2.

Namun, katanya, pada peringkat awal pihak pembekal memberi banyak pilihan dan corak jubah Abaya tetapi saiz ditawarkan agak terhad kerana kebanyakan wanita Arab berbadan besar berbanding wanita Asia, terutamanya Malaysia.

“Sebagai contoh, kakak saya memakai baju saiz XS (36) tetapi saiz yang paling kecil di sana adalah saiz S dan ukurannya seperti saiz L bagi orang Malaysia,” katanya.

Muhammad Aqmal berkata, dia berasa sukar memperkenalkan produk jubah abaya itu kerana kekurangan modal dan pengalaman dalam perniagaan.

“Saya hampir berputus asa kerana memikirkan kos, selain perlu berurusan dengan pembekal di sana yang mengehadkan kuantiti tempahan sebanyak 50 pasang bagi membolehkan mereka mengeksport pakaian tersebut ke Malaysia.

Antara jubah Abaya yang mengikut saiz dan dijual secara dalam
Antara jubah Abaya yang mengikut saiz dan dijual secara dalam

“Walau bagaimanapun, saya mencapai jalan penyelesaian dengan meyakinkan pembekal bahawa potensi pasaran di Malaysia adalah tinggi.

“Akhirnya saya buat perjanjian dengan pembekal terbabit dengan memberi jaminan bagi tempoh tiga bulan untuk memenuhi tuntutan minimum kuantiti tempahan tersebut,” katanya.

Tambahnya, dia kemudian memberanikan diri dengan mengambil risiko menempah sebanyak 20 pasang jubah pada harga RM120 sepasang termasuk kos kurier, duti import serta caj perkhidmatan kargo.

“Jika lebih banyak muatan, caj akan dikenakan kira-kira harga kos untuk sehelai jubah. Oleh itu, dengan modal sebanyak RM2,400, hasil simpanan saya selama empat tahun ketika melanjutkan pelajaran di AS, saya merealisasikan impian memulakan perniagaan ini,” ujarnya.

Bermula Oktober 2014, perniagaan Jubah Kami mula ditawarkan secara dalam talian iaitu melalui laman sosial Facebook Page: Jubah Kami.

Namun katanya, perniagaan agak hambar pada tiga bulan terawal kerana tidak mempunyai ramai pengikut (Follower) dan ketika itu, dia hanya memperoleh jualan sebanyak RM1,500 sehinggakan tidak mampu mendapat pulangan modal.

“Saya mula mengatur strategi pemasaran yang lebih baik seperti mengumpul maklum balas pelanggan terdahulu dan menggunakannya untuk memberi kepercayaan kepada orang lain. Malah, usaha meyakinkan orang ramai amat mencabar. Setiap hari, saya hanya tidur selama tiga jam untuk menjawab pertanyaan orang ramai tentang jubah.

Jubah Abaya 1
Jubah Abaya 1

“Perniagaan saya mula menampakkan hasil mulai Januari tahun lalu apabila berjaya mencatat jualan sebanyak RM7,430. Sebanyak 51 pasang jubah Abaya terjual manakala 968 pasang pula pada Ogos tahun sama,” katanya.

Lebih menarik, produk Jubah Kami turut mendapat permintaan di Perancis dan United Kingdom sehingga menarik pelanggan bukan beragama Islam membeli jubah daripadanya kerana lebih selesa dan tampak ekslusif, selain harga berpatutan.

Bermula pada harga RM150 sepasang, kini jualan Jubah Kami sudah mencecah lebih RM350,000 dengan jumlah pelanggan lebih daripada 2,500 orang serta kuantiti jubah yang terjual pula mencecah 3,000 pasang.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan