Dalam erti kata lain, mereka boleh mencapai sehingga empat hari setahun, atau enam bulan sepanjang tahun bekerja hanya untuk mencari baju untuk digosok atau mencari kasut yang tidak tahu letaknya di mana.

Melalui kaji selidik ke atas lebih 2,000 responden lelaki dan wanita oleh jenama fesyen antarabangsa, Marks and Spencer dari United Kingdom, bertujuan mengetahui berapa lama golongan ini mengambil masa setiap hari untuk bersiap, ini adalah jawapannya.

Sebanyak 62 peratus wanita mengaku mempunyai tantrum (ledakan emosi) agak tidak rasional pada awal pagi.

Kaum lelaki juga mengalami perasaan yang sama dan menurut kajian, satu daripada lima lelaki mengaku mencampakkan pakaian mereka di seluruh bilik ketika bersiap.

Hal ini bukan sahaja merosakkan rutin pagi seseorang, malah 15 peratus responden mengatakan mampu merosakkan mood mereka sepanjang hari. Ini kerana satu daripada sepuluh daripada mereka pasti selalu lewat ke pejabat kerana cabaran hendak mencari dan menyuaipadankan baju yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut.

Secara peribadi, berdasarkan pengamatan dan rujukan, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi stres dan tertekan di dalam proses ini adalah kerana individu itu hanya menggunakan 20 peratus dari keseluruhan koleksi di dalam wardrobe (almari pakaian) mereka, menurut sebuah laporan The Wall Street Journal.

Selebihnya, 80 peratus lagi tidak digunakan atas alasan tidak sesuai dengan trend semasa, tersalah membeli warna, fabrik atau gaya tidak disukai, simpan untuk majlis istimewa akan datang, tersalah membeli saiz atau mungkin memerlukan pengubahsuaian.

Kenapa agaknya kita suka menyimpan barangan?

Antara sebab utama kita menyimpan barangan atau pakaian bagi satu jangka masa lama adalah:

1.Sukar untuk melepaskan sesuatu yang anda rasa memerlukannya satu hari nanti.

  • Mungkin saya boleh ringkaskannya kepada satu patah perkataan di sini, ‘sayang’!
  • Sebagai contoh “Sayangnya nak pakai sekarang, tunggu majlis istimewa bulan Disember inilah”.

2.Tidak boleh membuat keputusan.

  • Ada dua sebab memungkinkan keadaan ini berlaku, anda tidak dapat membuat keputusan apa yang perlu dibuat dengan barangan atau koleksi pakaian tersebut, yang akhirnya tidak langsung berbuat apa-apa.

3.Mengingatkan kita kepada zaman lalu

  • Antara alasan yang kerap diberi untuk tidak membuang atau hadiahkan sahaja barangan tadi adalah kerana mempunyai nilai-nilai nostalgia kepada seseorang. Walaupun sedekad sudah berlalu, tetapi masih terus disimpan dengan alasan yang sama.
  • Dengan hanya koleksi pakaian yang terhad (20 peratus itu tadi), almari pakaian tidak pula diurus dan diatur dengan baik, tidak mustahil keadaan ini mampu merosakkan mood seseorang itu.

Apa agaknya strategi yang perlu anda tahu bagi menguruskan cabaran ini?

1.Ilmu – bagaimana hendak menguruskan almari pakaian sedia ada. Saya lebih gemar menggunakan perkataan ‘kesedaran’.

2.Lakukan Wardrobe Spring Cleaning setiap enam bulan atau setahun. Topik ini pernah saya kongsikan tahun lepas dan melibatkan aktiviti Analisis Wardrobe sebelum proses spring cleaning (mengemaskini pakaian lama atau membuangnya) itu berlaku. Sebelum itu pastikan pakaian:

  •  Adakah ia masih muat atau sebaliknya?
  •  Pernahkah saya memakainya sepanjang 12 bulan yang lepas?
  •  Adakah kemungkinan saya akan memakainya semula?
  •  Adakah gaya terkini, dan atau adakah mewakili personaliti gaya saya?
  •  Jika pakaian ini rosak dalam apa jua cara (seperti koyak, kesan kotor, butang hilang, zip rosak, pudar, dan lain-lain), adakah saya benar-benar akan berusaha untuk memastikan ia dibaiki dalam masa terdekat?
  •  Jika saya keluar membeli- belah sekarang, adakah saya terus menyambar untuk membelinya atau akan fikir berkali-kali untuk memilikinya?
  •  Yang paling penting, adakah saya akan rasa berkeyakinan apabila memakainya?

Jika anda menjawab tidak kepada kebanyakan soalan analisis di atas, anda memerlukan khidmat Perunding Imej untuk membantu anda di sini.

3.Mesej Pakaian – secara umumnya, saya lihat ramai individu yang masih tidak dapat menguasai bab ini. Ini kerana mereka lebih terdorong oleh fesyen in-trend iaitu fesyen yang digayakan atau diperkenalkan oleh selebriti, blogger juga pemilik busana fesyen wanita terkenal dan bukan melihat dan mengukur kepada kesesuaian diri sendiri.

Bukan sahaja mereka yang berkerjaya malah usahawan-usahawan hari ini kelihatan terlalu obses dan berlumba-lumba menjenamakan produk, logo, laman web, kad perniagaan tetapi tidak melihat kepada isu bagaimana harus mereka menjenamakan diri mereka.

Percayalah, tiada siapa yang gemar berurusan dengan pemilik perniagaan atau pengasas, mahupun kakitangan syarikat yang tidak mewakili jenama peribadi mahupun perniagaan mereka. Ia memberikan gambaran yang tidak konsisten, tentang siapa anda.

Berpakaian bukan untuk mengikut hati atau trend semasa, tetapi haruslah kongruen dengan ‘jenama’ anda hari ini. Siapa anda, pekerjaan dan industri anda, latar belakang, nilai jenama, misi dan visi peribadi juga perniagaan syarikat.

4.Kenal pasti WOW Faktor anda – Lima elemen rahsia yang jarang-jarang orang pedulikan atau ambil tahu sangat berkaitan dengan pemilihan warna, personaliti gaya, rekaan baju, jenis fabrik, dan bentuk badan. Ini penting kerana ia merupakan salah satu faktor bagi membentuk identiti jenama peribadi anda nanti. Elemen-elemen ini sangat penting, kerana melalui Analisis wardrobe nanti, konsultan Imej anda akan memberikan nasihat bagaimana untuk mengasingkan koleksi pakaian mengikut elemen ini, agar anda mudah memilihnya tanpa perlu berfikir panjang lagi.

Ia harus disesuaikan dengan objektif imej, pekerjaan hari ini, industri dan kod pakaian yang ditetapkan syarikat, dan beberapa lagi strategi yang bakal dikongsikan melalui sesi konsultasi ini.

Sehubungan itu, jangan lepaskan peluang, daftar dengan segera dan sertai bengkel terakhir saya tahun ini pada Sabtu 24 September, di mana saya akan merungkaikan segala permasalahan di atas.

Tiada lagi keluh kesah di pagi hari, dan tertekan dengan kata-kata ‘saya tiada baju nak dipakai!’ atau ‘bagaimana nak suai padan ni?’

Rujuk blog www.top2toestyliestadotme.wordpress.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi penulis di nombor telefon tertera di atas.